Fahmi seorang budak darjah enam. Dia seorang budak yang suka meniru. Fahmi berminat menonton cerita ‘Ben 10”, Cicakman, Superman dan Batman. Pada suatu hari, dia menonton cerita Batman sambil makan jagung bakar. Fahmi tertarik dengan aksi-aksi Batman itu.
Selepas menonton, Fahmi terus pergi ke biliknya dan mengambil kain hitam dan ikat di lehernya. Dia pun memakai tali pinggang kuning,but hitam dan sarung tangan hitam. Fahmi terus keluar rumah dan memanjat sebatang pokok yang tinggi di depan rumahnya. Fahmi memanjat dan berdiri di atas dahan pokok itu.
Fahmi ternampak kawan-kawannya sedang bermain di gelanggang bola. Di memekik dengan kuat, “Kawan-kawan, tengok aku!”
Kawan-kawannya terkejut dan berkata, “Oi, Fahmi! Engkau hendak matikah?”
Fahmi menjawab, “Diamlah! Aku Batman!”
Fahmi degil dan tidak mahu mendengar nasihat kawan-kawannya. Dia terus terjun ke bawah. Dia cedera dan menangis kesakitan.
Kawan-kawannya memanggil ibu Fahmi dan memberitahu hal Fahmi. Ibu Fahmi terkejut mendengar apa yang telah terjadi. Dia menelefon ambulans. Ambulans tiba dan paramedik mengangkat Fahmi lalu masukkan dia ke dalam perut ambulans. Fahmi dihantar ke hospital.
Fahmi di rawat di hospital selama dua minggu. Kakinya yang patah disimen dan dia harus menggunakan topang untuk berjalan. Kakinya harus disimen selama lima bulan. Fahmi sedih kerana tidak dapat bermain dengan kawan-kawannya. Fahmi menyesal. Dia berjanji tidak akan meniru aksi-aksi wira di televisyen.
Muhammad Amirul Ikmal - 3B (2009)