Melahirkan murid berkeperluan khas yang berilmu dengan sahsiah yang seimbang, berfikiran kreatif dan inovatif melalui budaya membaca dan penerokaan teknologi maklumat.
MISI
Menjana dan membentuk murid PPKI SMK Orkid Desa yang berilmu, dinamik, kreatif, inovatif dan berdisiplin dengan menjadikan Pusat Sumber Digital PPKI SMK Orkid Desa sebagai pusat sumber maklumat seiring dengan matlamat wawasan dan Falsafah pendidikan Negara.
MATLAMAT
Mewujudkan Pusat Sumber Digital yang juga berfungsi sebagai Makmal ICT yang tidak lagi menggunakan buku sebagai bahan bacaan maujud sebaliknya menggunakan e-buku dan bahan ilmiah lain yang boleh didapati dalam talian boleh digunakan oleh seluruh masyarakat.
OBJEKTIF
Menyediakan sumber bahan pembelajaran dan bahan bacaan yang boleh digunakan oleh semua murid di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Melahirkan murid yang celik IT dan berintelek selari dengan kehendak dasar Kementerian Pendidikan Malaysia
Meningkatkan multi pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT dalam bilik darjah