Sijil Penyertaan Video Kreatif Keselamatan Siber Peringkat Kebangsaan 2021

Kepada :

Guru Pembimbing

Tuan,


SIJIL PENYERTAAN PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESELAMATAN SIBER PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak urusetia pertandingan telah mengeluarkan keputusan rasmi pertandingan peringkat negeri pada 26 Jun 2021 yang lalu di portal rasmi pertandingan. (https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/videokreatif-keselamatansiber/)


3. Sehubungan dengan itu, semua penyertaan pertandingan peringkat kebangsaan akan menerima eSijil manakala sijil dan hadiah pemenang akan dihubungi urusetia dari Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan , Kementerian Pendidikan Malaysia.


4. Berikut dilampirkan pautan untuk muat turun sijil penyertaan : https://docs.google.com/spreadsheets/d/e/2PACX-1vScZQyl2EemOse93AYaOvzqbmBgWqGSIsgA7NjS27S9uHdXBHjzIZb6_PP9Tso-ezaRsAbxWlcIF-M6/pubhtml


5. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Urusetia Kebangsaan, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan di melalui email sstp.jpnjohor@gmail.com . Kerjasama pihak tuan didahulukan ucapan terima kasih.


Segala perhatian dan kerjasama tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih


Urusetia Kebangsaan


Urusetia Kebangsaan

25 Julai 2021 | 1.00 petang

Keputusan Rasmi Video Kreatif Keselamatan Siber Peringkat Kebangsaan 2021

  • Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan Video Kreatif Keselamatan Siber Peringkat Kebangsaan 2021.

  • Tahniah kepada semua pemenang.

  • Setiap pemenang akan dihubungi urusetia dari Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan , Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Pautan Video Pemenang : https://wke.lt/w/s/Lx35BZ


Urusetia Kebangsaan

26 Jun 2021 | 9.00 pagi

Keputusan Rasmi Video Kreatif Keselamatan Siber Peringkat Kebangsaan 2021 - Sedang dikemaskini


  • Juri Kebangsaan telah menilai kesemua peserta yang mewakili negeri masing-masing pada 22-24 Jun 2021

  • Proses membuat verifikasi dan pengiraan markah ke semua juri sedang giat dijalankan.

  • Keputusan pemenang akan dipamerkan di site ini.

  • Kesabaran anda sangat dihargai.


Urusetia Kebangsaan

25 Jun 2021 | 11.00 malam

Penilaian Pertandingan Video Kreatif Keselamatan Siber Peringkat Kebangsaan 2021 (Ditunda)

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

  • Penilaian Peringkat Kebangsaan yang sepatunya dijadualkan minggu ini terpaksa ditunda lagi disebabkan oleh arahan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 terbaharu yang dikeluarkan olek MKN yang berkuatkuasa 25 Mei 2021.

  • Sesi penilaian peringkat kebangsaan baharu akan dijadualkan berlangsung pada 20-22 Jun 2021.

  • Hal ini disebabkan oleh pihak juri yang dijemput dari seluruh negara tidak dapat melakukan penilaian bersemuka yang dirancang dibuat di negeri Johor.

  • Keputusan peringkat Kebangsaan hanya akan dibuat selepas tarikh penjurian peringkat kebangsaan di atas.

  • Sebarang maklumat lanjut dan info terkini daripada pihak urusetia boleh sentiasa merujuk kepada site rasmi ini - http://bit.ly/3b8ZJph

  • Terima kasih di atas kesabaran anda.

Urusetia Kebangsaan

27 Mei 2021 | 11.00 pagi


Penilaian Peringkat Kebangsaan 2021

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

  • Pengumuman pemenang peringkat kebangsaan ditunda disebabkan penilaian peringkat kebangsaan akan berlangsung pada 23-25 Mei 2021.

  • Hal ini disebabkan oleh penundaan jadual asal penghantaran penyertaan diperingkat negeri dilewat daripada jadual asal dan juga disebabkan pandamik covid-19 penjurian peringkat kebangsaan ditangguhkan pada tarikh di atas.

  • Sebarang keputusan peringkat negeri masing-masing dan urusan sijil peringkat negeri boleh terus berhubung dengan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri masing.

  • Keputusan peringkat Kebangsaan hanya akan dibuat selepas tarikh penjurian peringkat kebangsaan di atas.

  • Sebarang maklumat lanjut dan info terkini daripada pihak urusetia boleh sentiasa merujuk kepada site rasmi ini - http://bit.ly/3b8ZJph

  • Terima kasih di atas kesabaran anda.

Urusetia Kebangsaan

8 Mei 2021 | 7.30 pagi


Statistik Penyertaan Negeri

*Data setelah tutup penyertaan 20 April 2021, 11.59 malam

Perasmian dan Taklimat Pertandingan Video Kreatif Keselamatan Siber

Perasmian oleh Timbalan Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

1 Mac 2021 2.30 petang

Poster Pertandingan Video Kreatif Keselamatan Siber


Pertandingan Video Kreatif JPN copy.pdf

Surat Makluman Pertandingan Video Kreatif Keselamatan Siber