Unit Sains Komputer

Kolej Matrikulasi Johor

Pengenalan

Selamat datang ke laman web Unit Sains Komputer, Kolej Matrikulasi Johor.

Unit Sains Komputer merupakan sebuah unit di bawah Jabatan Matematik, Kolej Matrikulasi. Terdapat 2 program yang ditawarkan iaitu Sains Komputer SDS (SC015/SC025) dan Sains Komputer SES (DC014/DC024). Mata pelajaran Sains Komputer ini merupakan mata pelajaran teras yang perlu di ambil oleh pelajar-pelajar aliran sains yang mengikuti Modul 2 dan Modul 3 dalam Program Matrikulasi. Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dalam bidang Sistem Komputer, Pangkalan data, Multimedia, Pengaturcaraan dan lain-lain lagi.

Buat masa ini unit Sains Komputer mempunyai 7 makmal komputer dan 21 orang pensyarah yang berkelayakan dan berkelulusan di dalam bidang Sains Komputer dari universiti luar negara dan tempatan.

Visi

Unit Sains Komputer penjana pelajar berteknologi dalam mencapai Visi dan Misi Kolej.

Misi

Mencapai kelulusan 100% dalam kalangan pelajar dan memantapkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang akademik melalui pembelajaran yang berteknologi.

Objektif

Melahirkan pelajar matrikulasi yang berkemahiran dan kompeten dalam aplikasi ICT serta berkaitan dengannya.