Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
Laman e-GALERI Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah telah diterbitkan bermula pada tahun 2024 sehingga kini. Di kesempatan ini, Admin ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa atas kejayaan membangunkan laman ini.
Diharapkan dengan kewujudan laman sesawang ini, guru-guru, murid-murid dan ibu bapa akan sentiasa mendapat info maklumat bergambar berhubung dengan perkembangan aktiviti Unit Pendidikan Islam Daerah Alor Gajah dari masa ke semasa.
Admin amat berharap semoga dengan adanya laman ini, semua pihak dapat membina idea-idea bernas serta buah fikiran yang berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum sekolah ini.
Akhir kata, Admin menyampaikan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman ini.
Sekian, terima kasih.
Prakata Admin Galeri
Unit Pendidikan Islam Daerah Alor Gajah