Laman sesawang rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Seni Malaysia Perak. Laman ini bertujuan memberi informasi tentang program dan aktiviti yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Seni Malaysia Perak.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling disediakan khas untuk membimbing dan menolong pelajar memahami dirinya sendiri serta mampu mencipta kehidupan yang bermakna pada masa depan. Perkhidmatan ini memberi bimbingan dan perkhidmatan dalam bidang Akademik, Kerjaya, Sosial peribadi, Keluarga dan juga dalam hal‐hal lain.
AKTIVITI-AKTIVITI UBK
MENTOR MENTEE SiSKA
KEM KEPIMPINAN MURID 2024
MAJLIS PENTAULIAHAN MURID 2024
MINGGU SERASI BERSAMA
LAWATAN KE PARLIMEN
Lawatan ke Parlimen Malaysia merupakan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna dalam memberikan pendedahan kepada murid tentang sistem pemerintahan, institusi Parlimen serta proses demokrasi di Malaysia. Melalui lawatan ini, murid berpeluang mengenali dengan lebih dekat fungsi dan peranan Parlimen sebagai institusi penting dalam pentadbiran negara. Selain memperoleh pengetahuan melalui penerangan dan lawatan sekitar kompleks Parlimen, murid turut didedahkan kepada kepentingan kepimpinan, tanggungjawab sebagai warganegara serta nilai menghormati institusi negara. Lawatan ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran sivik, memperluas pengetahuan dan membentuk murid yang lebih berinformasi, bertanggungjawab serta mempunyai jati diri sebagai generasi pewaris negara.
PROGRAM INTERVENSI BULU, SALAH LAKU SEKSUAL DAN PEMANTAPAN DISIPLIN MURID
Program Intervensi Buli, Salah Laku Seksual dan Pemantapan Disiplin Murid merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, menghormati orang lain serta mematuhi peraturan dan nilai disiplin di sekolah. Program ini memberikan pendedahan kepada murid berkaitan bentuk-bentuk buli dan salah laku seksual, kesan terhadap diri dan orang lain serta tindakan yang wajar diambil sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut. Melalui program ini, murid turut dipupuk dengan nilai tanggungjawab, keberanian untuk melaporkan salah laku serta sikap saling menghormati dalam membentuk persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan kondusif. Program ini diharapkan dapat memperkukuh budaya sekolah yang menolak buli dan salah laku seksual serta menyokong usaha mewujudkan Sekolah Selamat dan Sifar Buli.
Sinergi bersama unit bimbingan dan kaunseling ini merupakan program di mana guru bimbingan dan kaunseling membantu murid dalam kemenjadian murid dari segi jasmani, rohani dan intelek. Sinergi adalah interaksi dua bagian yang bekerja sama, untuk menciptakan sesuatu yang lebih baik dari komponen aslinya. Menciptakan sinergi di sekolah dapat membantu murid-murid dengan menggabungkan upaya, dan kejelengkitan hubungan antara murid-murid dengan guru bimbingan dan kaunseling
Sinergi bersama unit bimbingan dan kaunseling ini merupakan program di mana guru bimbingan dan kaunseling membantu murid dalam kemenjadian murid dari segi jasmani, rohani dan intelek. Sinergi adalah interaksi dua bagian yang bekerja sama, untuk menciptakan sesuatu yang lebih baik dari komponen aslinya. Menciptakan sinergi di sekolah dapat membantu murid-murid dengan menggabungkan upaya, dan kejelengkitan hubungan antara murid-murid dengan guru bimbingan dan kaunseling
High Profile Policing adalah satu konsep kehadiran polis yang melibatkan semua Pegawai Polis turun padang dan bersemuka dengan masyarakat di kawasan-kawasan tumpuan umum. Program ini adalah satu inisiatif PDRM mencegah dan membanteras kegiatan jenayah terutamanya jenayah di dalam sekolah.
Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 2 Kohort 1 yang dianjurkan oleh Seksyen Malaysia Future Leaders School, Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Kenas bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Program ini akan berlangsung selama 5 hari 4 malam bermula 06 hingga 10 Mei 2024. Program ini memfokuskan 5 elemen iaitu Kepimpinan, Kenegaraan, Pembentukan Watak dan Jati Diri, Komunikasi dan Kesukarelawanan di mana peserta akan terlibat dalam aktiviti indoor dan outdoor sepanjang program ini. Seramai 10 orang murid dari Sekolah Seni Malaysia Perak telah terpilih ke program ini.
Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri, atribut atau tretpersonaliti seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif.