LENSA
YANG PERGI DIRINDUI, YANG DATANG DIRAIKAN
Laman sesawang ini sedang mengalami pengubahsuaian. Segala kesulitan amatlah dikesali.
LENSA
YANG PERGI DIRINDUI, YANG DATANG DIRAIKAN
JOHOR BAHRU: Sabtu, 29 Julai 2023, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Yang Pergi Dirindui, Yang Datang Dirai sempena perpindahan Pn Aerma Nurazalina binti Musa yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Taman Ungku Tun Aminah. Majlis yang diadakan pagi Sabtu itu diadakan di Kantin Sekolah bersama para guru SMK Tan Sri Mohamed Rahmat.
Puan Aerma bersama barisan pentadbir
Puan Aerma dalam ucapannya menzahirkan penghormatannya kepada guru-guru Sains dan Matematik yang tidak pernah jemu dalam melaksanakan tugasnya. "Bila cakap, dia buat. Bila minta, je ada. Ia tak mendatangkan masalah" kata puan Aerma dalam ucapannya. Beliau juga turut menzahirkan harapan agar mereka menjalankan kerja ikhlas kerana Allah.
Puan Aerma Nurazalina memberikan ucapan perpisahannya.
Terdahulu, Puan Aerma Nurazalina binti Musa dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru. Beliau akan digantikan oleh Pn. Fuzdiana Farni binti Mohd Fudzi sebagai Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik TaSMoR yang baharu.
Pn Hjh Sharina (Kiri) memberi sejambak bunga kepada GKMP Sains dan Matematik yang baharu, Puan Fudziana
Krew TVPSS TaSMoR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Aerma Nurazalina binti Musa atas kenaikan pangkat dan mengucapkan selamat datang serta mengalu-ngalukan kehadiran Puan Fudziana Farni binti Mohd Fudzi sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran, Sains dan Matematik yang Baharu.