LENSA
PROGRAM PENGANTARABANGSAAN TASMOR-JEPUN
Laman sesawang ini sedang mengalami pengubahsuaian. Segala kesulitan amatlah dikesali.
LENSA
PROGRAM PENGANTARABANGSAAN TASMOR-JEPUN
JOHOR BAHRU: Khamis, 9 November 2023, SMK Tan Sri Mohamed Rahmat telah menerima kunjungan Delegasi Jepun bersempena Program Pengantarabangsaan TaSMoR-Jepun yang diadakan di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat dan Dewan Abd Wahid bin Yahyin. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program itu berlangsung bagi memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia kepada mereka.
Mereka tiba di TaSMoR pada kira 9.50 pagi. Mereka disambut oleh Pn Hjh Sharina binti Adnan, Pengetua SMK Tan Sri Mohamed Rahmat dan barisan G9. Tuan Ikushima Nobuyuki, Pengetua Touohghakan High School menyapa pn Hjh Sharina binti Adnan sebagai tanda permulaan Program Pengantarabangsaan.
Kemudian, program diteruskan dengan slot Ice Breaking dimana pelajar Jepun akan dibahagikan kepada lapan kumpulan dan setiap seorang daripadanya mempunyai seorang pelajar pengiring. Kemudian setelah 10 minit, Program diteruskan dengan ucapan dari Pn Hjh Sharina binti Adnan, Pengetua SMK Tan Sri Mohamed Rahmat mewakili Delegasi Malaysia.
Beliau dalam ucapannya menyatakan bahawa TaSMoR berbesar hati menerima kunjungan mereka (Delegasi Jepun) dalam Program Pengantarabangsaan ini dan percaya bahawa program ini akan mengeratkan hubungan antara Malaysia-Jepun.
Setelah itu, Tuan Ikushima Noboyuki, Pengetua Touohgakan High School menyampaikan ucapan mewakili pihak Delegasi Jepun. Dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih kerana meraikan kedatangan mereka dengan seikhlas hati.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan dari pelajar kedua-dua negara. Mewakili Malaysia, Saudari Batrisya Humyra mewakili pelajar Malaysia meraikan kedatangan delegasi Jepun ke TaSMoR.
Kemudian, mewakili Delegasi Jepun, Takahashi dan Yoshitomo memperkenalkan sekolah mereka serta membentang projek yang telah mereka lakukan merentasi pelbagai negara.
Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman/Memorandum of Understanding (MoU) antara pihak TaSMoR-Jepun. Pn Hjh Sharina binti Adnan, mewakili TaSMoR dan Tuan Ikushima mewakili Touoghakan High School menandatangani memorandum persefahaman itu.
Kemudian, berlangsungnya penyerahan cenderahati mewakili kedua-dua negara. Cenderahati dari Malaysia diserahkan oleh Pn Hjh Sharina manakala cenderahati dari Jepun diserahkan oleh Tuan Ikushima.
Kemudian, diteruskan dengan penyampaian cendera hati daripada pelajar antara dua negara.
Selepas selesai sesi penyerahan cenderahati antara pelajar. Delegasi Jepun berpeluang untuk menghadiri stesen-stesen yang disediakan. Pelbagai aktiviti disediakan kepada mereka bagi memberi peluang kepada delegasi Jepun untuk mendalami budaya-budaya yang ada di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian budaya.
Tuan Ikushima juga sudi menandatangi buku pelawat SMK Tan Sri Mohamed Rahmat bagi menjadi bukti lawatan mereka ke TaSMoR.
Setelah selesai sesi lawatan ke stesen, berlangsungnya sesi bergambar berkumpulan sebagai tanda kenangan Program Pengantarabangsaan 2023.
Selepas selesai sesi bergambar, ia menandakan program pengantarabangsaan pada kali ini telah melabuhkan tirainya. Kemudian delegasi Jepun bersiap untuk meninggalkan TaSMoR.
Rombongan meninggalkan TaSMoR tepat pukul 12.10 tengah hari.