HAL EHWAL MURID
KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA 2024
Laman sesawang ini sedang mengalami pengubahsuaian. Segala kesulitan amatlah dikesali.
HAL EHWAL MURID
KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA 2024
Pada 13 Julai 2024, TaSMoR telah mengadakan Kem Kepimpinan Pemimpin Muda bagi tahun 2024 yang diadakan di SMK Tan Sri Mohamed Rahmat. Kem itu dianjurkan hasil kerjasama TaSMoR dengan Kem KAIZEN bagi membentuk kemenjadian pemimpin muda di TaSMoR.
Kem tersebut bermula pada 7.30 pagi dengan pendaftaran sebelum dimulakan pada 8 pagi dengan sesi memecahkan ais dan persiapan mental ataupun dikenali sebagai Ice Breaking and Mental Setting. Sementelahan itu, ia diteruskan dengan sesi kereta kebal dan Master Ball serta Amazing Race sebelum menjelang waktu zohor.
Kemudian, selepas makan tengah hari dan solat zohor, kem kepimpinan digeruskan dengan Archery Combat yang menyaksikan kerjasama antara pemimpin muda dalam kumpulan masing-masing sebelum diakhiri dengan Majlis Penutupan.
Dalam kem kepimpinan tersebut, turut turun padang memastikan kelancaran kem tersebut ialah Pn Fouziah Hanim binti Ismail, Pengetua SMK Tan Sri Mohamed Rahmat dan Dr Muhammad Khairul Anwar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.