Laman sesawang ini sedang mengalami pengubahsuaian. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sambutan Jubli Perak TaSMoR merupakan sambutan yang julung-julung kali diadakan bersempena meraikan penubuhan SMK Kempas @ SMK Tan Sri Mohamed Rahmat yang dibuka sebagai institusi pendidikan pada tahun 1998.
Sambutan yang bermula pada 7.30 pagi bermula dengan acara Fun Run TaSMoR yang melibatkan pelajar dan komuniti luar. Peserta Fun Run TaSMoR dilepaskan oleh Pn Hjh Sharina binti Adnan, Pengetua SMK Tan Sri Mohamed Rahmat.
Dalam masa yang sama juga, turut diadakan Pertandingam Mobile Legend yang melibatkan pelajar TaSMoR dan pelajar sekolah lain.
Perasmian sambutan jubli perak TaSMoR diadakan pada 2.30 petang telah dirasmikan oleh Ybhg. En Suhaimi bin Ahmad, Ahli Majlis MBJB Zon Kempas, Ahli Jemaah Pengarah PPKJBS.
Sambutan berakhir pada 6.30 petang dan boleh dikatakan bahawa sambutan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Fun Run TaSMoR yang diadakan pada 7.30 pagi. Tapak pelepasan bagi Fun Run TaSMoR ialah di Padang Sekolah yang dilepaskan oleh Pn Hjh Sharina binti Adnan, Pengetua SMK Tan Sri Mohamed Rahmat.
Fun Run TaSMoR disertai oleh pelajar TaSMoR sendiri dan komuniti luar.
Pemenang bagi Fun Run TaSMoR ini dipilih berdasarkan 10 tempat terbaik mengikut kategori masing-masing. Pelajar-pelajar tersebut akan menerima pingat yang direka khas sempena sambutan Jubli Perak TaSMoR.
Pertandingan Mobile Legend sempena jubli perak TaSMoR diadakan di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat. Sebelum itu, Terdapat beberapa peringkat bagi pertandingan itu yang diadaka beberapa hari sebelum Jubli Perak.
Hari terakhir Pertandingan Mobile Legend, pertandingan itu diadakan di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat. Kelihatan juga peserta-peserta sekolah lain turut menghadiri pertandingan itu.
Pertandingan yang bermula pada pukul 9.00 pagi itu menyaksikan perlawanan sengit antara kumpulan di mana mereka berusaha mengalahkan lawan masing-masing demi mendapatkan kejayaan.
Bersempena dengan sambutan jubli perak juga, diadakan gerai jualan dan pameran kerjaya. Terdapat pelbagai juadah dan makanan viral yang disediakan serta pameran kerjaya yang bermanfaat kepada para pelajar terutamanya pelajar tingkatan 5.
Ketika sambutan Jubli Perak TaSMoR juga, antara yang menarik perhatian ialah Rumah Hantu dan Jelly Blaster. Rumah hantu mendapat sambutan yang hangat sehingga panjang barisan beraturnya sehingga ke Dewan TSMR.
Bersempena dengan jubli perak juga, diadakan Program SEDERAP yang sudah menjadi program tahunan bagi sekolah ini. Program ini diadakan bermula pukul 11.00 pagi hingga 1 petang. Program SEDERAP ini bertujuan untuk menyerahkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan sebagainya.
Pada 2.30 petang, telah diadakan Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak TaSMoR yang dirasmikan oleh Ybhg En Suhaimi bin Ahmad, Ahli Majlis MBJB Kempas. Majlis yang diadakan selama 1 jam lebih itu diadakan di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat.
Ketibaan Ybhg En Suhaimi disambut dengan paluan kompang oleh pasukan kompang TaSMoR dan persembahan silat dari pelajar TaSMoR.
Kemudian, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu sekolah. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Saudara Muhammad Rasyad Iman bin Suhaimy.
Selepas bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pn Hjh Sharina binti Adnan, Pengetua SMK Tan Sri Mohamed Rahmat. Dalam ucapannya, beliau berkata "Dengan adanya program seperti ini, pihak alumni akan dapat integrasi dan menjalainkan hubungan antara sesama mereka sekian lama meninggalkan sekolah." Beliau juga menyatakan program ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah.
Selepas itu, Ybhg En Suhaimi bin Ahmad turut sudi menyampaikan ucapannya. Beliau berkata, "Sempena sambutan jubli perak ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak sekolah kerana berjaya mengadakan program ini." Beliau juga percaya dengan adanya program ini dapat mengeratkan hubungan satu-padu dalam kalangan warga sekolah.
Seterusnya, beliau juga sudi menyempurnakan gimik perasmian dengan diiringi En. Mad Johan bin Jamian, YDP PIBG dan Pn Hjh Sharina binti Adnan, Pengetua TaSMoR.
Selepas sacara gimik pelancaran, tentatif majlis diteruskan dengan tayangan montaj jubli perak TaSMoR ini menerangkan sejarah penubuhan sekolah, memperkenalkan barisan G9 TaSMoR, infrastruktur sekolah serta pencapaian sekolah.
Tentatif diteruskan dengan persembahan dari pelajar yang merangkumi pelbagai agama dan kaum.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh En Suhaimi bin Ahmad. Penyampaian hadiah ini adalah untuk pertandingan buskers dan Mobile Legend
Johan Pertandingan Buskers
Johan Pertandingan Mobile Legend
Selepas sahaja majlis perasmian berakhir, tumpuan beralih ke Majlis Perasmian Dewan Abd Wahid bin Yahyin yang dirasmikan oleh Ybhg. En Suhaimi bin Ahmad. Beliau sudi menandatangani plak perasmian dan memotong reben.