FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ)
KPPB-OPD
Apa itu KPPB?
KPPB ialah Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna, satu pendekatan yang dirancang untuk memperkasakan pedagogi bagi menyediakan guru masa depan yang mahir.
Apa matlamat utama KPPB?
Untuk membangunkan kompetensi pedagogi dalam kalangan pelajar dan pensyarah IPG, memastikan pembelajaran bermakna dan relevan dengan keperluan dunia semasa.
Apakah itu OPD-KPPB?
OPD-KPPB (Objek Pembelajaran Digital) adalah bahan pengajaran digital yang dibangunkan selaras dengan prinsip KPPB bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran.
Bagaimana OPD menyokong KPPB?
OPD menyediakan platform untuk pelajar mengakses kandungan digital yang interaktif, inovatif, dan sesuai dengan kaedah pembelajaran terkini.
Apa itu "stand-alone" dalam konteks OPD?
OPD "stand-alone" adalah kandungan digital yang direka khusus untuk satu kursus tanpa penggabungan dengan disiplin lain.
Apa itu pendekatan interdisiplin dalam KPPB?
Pendekatan interdisiplin adalah menggabungkan pelbagai disiplin ilmu agar membolehkan pelajar berfikir dan bertindak secara menyeluruh dalam dunia yang kompleks
Apakah elemen penting dalam KPPB?
Elemen penting dalam KPPB termasuk Rigor, Relevant & Relationship (3R), Engagement, Enhancement & Extension (3E), Model Reka Bentuk Pembelajaran, Kompetensi Global 6C, dan Model Pembelajaran Pelajar (SLM).
Bolehkah OPD digunakan untuk semua kursus di IPGM?
Ya, OPD sesuai untuk semua kursus dan boleh digunakan dalam pendekatan stand-alone atau interdisiplin.