Laksa Kedah merupakan sejenis makanan berkuah yang terkenal di Kedah. Ia juga dikenali sebagai Laksa Utara atau Laksa Teluk Kechai. Makanan tradisi ini menjadi hidangan semasa musim perayaan. Bahan asas penyediaan sajian istimewa ini ialah laksa beras dan ikan kembung.
BAHAN-BAHAN
1 bungkus laksa beras
1 kg ikan kembung
1 sudu besar belacan
2 kuntum bunga kantan. dibelah 4
1 ikat daun kesum
4 keping asam keping
garam, secukup rasa
Bahan untuk kisar halus:
10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
50g ikan bilis, rendam seketika
2 biji bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
Bahan untuk hiasan:
5 biji telur, direbus
2 biji bawang besar, hiris nipis
1 batang timun, hiris nipis
Limau nipis, di potong
1 ikat daun selom
cili padi, hiris nipis
SILA LIHAT VIDEO DI ATAS UNTUK PENERANGAN YANG LEBIH LANJUT
Gulai batang pisang adalah antara masakan kampung yang masih popular terutama di majlis kenduri kahwin di negeri Jelapang Padi, Kedah. Gulai yang dicampur dengan daging ini, pasti menjadi rebutan dan lazimnya akan habis dahulu berbanding lauk-pauk lain semasa kenduri.
BAHAN-BAHAN
1 kilo daging
1 umbut pisang
garam secukup rasa
4 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu kerisik
2 tangkai daun kari
air secukupnya
santan dari sebiji kelapa - asing santan pekat dan santan cair
minyak untuk menumis
Bahan tumis
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia dipotong halus
SILA LIHAT VIDEO DI ATAS UNTUK PENERANGAN YANG LEBIH LANJUT
Peknga atau lebih dikenali sebagai lempeng kelapa merupakan makanan ruji sesetengah budaya. Peknga diperbuat daripada kelapa yang merupakan bahan utama dalam pembuatan peknga. Di Kedah, peknga sesuai dikombinasikan dengan sambal bilis, gulai ayam dan juga gulai ikan kembung.
BAHAN-BAHAN
Setengah kilogram tepung gandum
sebiji kelapa muda(diparut)
Satu sudu kecil garam
1 sudu gula
Air secukupnya
minyak masak
SILA LIHAT VIDEO DI ATAS UNTUK PENERANGAN YANG LEBIH LANJUT