PENGENALAN NEGERI KEDAH
Negeri Kedah adalah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Kedah merupakan negeri yang paling tua dan antara negeri yang terawal didiami di Malaysia, dengan sejarah yang kaya dan panjang. Kedah terkenal dengan landskapnya yang subur, termasuk pemandangan sawah padi yang luas, yang menjadikannya sebagai pengeluar utama beras di Malaysia. Negeri ini juga dikenali dengan warisan budaya yang kaya, termasuk pelbagai festival dan tradisi tempatan yang menarik.
Nama diberi Nurul Syahmi Binti Maznan. Saya merupakan anak jati negeri Kedah yang menyambung pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi, Selangor. Saya bangga dilahirkan sebagai rakyat Kedah. Selamat menonton semua!