Kategori Payung Terjun Berbeban
1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi payung terjun beserta kapsul berbeban yang ditentukan pihak penganjur. Beban akan diberikan kepada pasukan sebelum pelancaran dijalankan.
2. Catatan masa diambil selepas roket dilancarkan. (sebanyak 3 catatan masa oleh 3 orang hakim akan diambil bagi setiap pelancaran dan kaedah purata bagi 2 masa yang paling hampir antara satu dengan lain akan digunakan bagi mendapatkan masa pasukan berkenaan)
3. Payung terjun dan beban mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air. Sila rujuk Model Roket Air / Komponen Utama Roket Air.
4. Beban mesti jatuh bersama payung terjun ke permukaan tanah tanpa rosak/pecah di zon pendaratan yang ditetapkan.
5. Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan tekanan udara.
6. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 70 psi.
7. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja.
8. Masa di ambil bermula dari pelancaran roket air sehingga ianya:
● Jatuh ke permukaan tanah; atau
● Tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau
● Hilang daripada pandangan para hakim; atau
● Berada di udara melebihi 15 minit.
● Tiada catatan masa diambil kira sekiranya payung terjun tidak terbuka.
9. Penilaian adalah berdasarkan 3 aspek:
- Masa
a. Masa payung terjun bersama beban berada di udara selepas pelancaran.
b. Markah tertinggi akan diberikan kepada catatan masa yang paling lama berada di udara.
- Pendaratan
Payung terjun bersama beban jatuh dalam zon pendaratan yang telah ditetapkan.
10. Fizikal Beban
Beban berada dalam keadaan yang baik selepas pendaratan.
11. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan, pihak penganjur berhak untuk menyemak semula masa dan jadual pertandingan.
Rajah berikut menunjukkan pelan tapak pelancaran dan zon pendaratan untuk kategori payung terjun berbeban. (Perimeter Zon Pendaratan ditentukan oleh penganjur / seluas padang yang digunakan)