FORMAT PERTANDINGAN
1. Perlawanan dijalankan secara liga besar (rujuk jadual perlawanan).
2. Setiap pusingan melibatkan tiga kali perlawanan.
3. Tempoh masa setiap perlawanan adalah dua (2) minit.
4. Tempoh masa rehat (break time) antara setiap perlawanan adalah 10 Saat
5. Penentuan pemenang setiap pusingan:
a) Apabila salah satu situasi dalam perkara 3.2 telah berlaku, pasukan robot dan menara yang masih kekal berada dalam gelanggang dikira sebagai pemenang perlawanan.
b) Robot tidak bergerak selama 10 saat setelah perlawanan bermula, robot lawan dikira sebagai pemenang perlawanan.
c) Pemenang setiap pusingan ditentukan berdasarkan best of three (memenangi dua daripada tiga perlawanan).
d) Apabila robot jatuh bersama-sama menara pihak lawan, robot yang masih berada dalam gelanggang perlu mengeluarkan menara untuk dikira sebagai pemenang.
6. Keputusan adalah seri sekiranya:
a) Kedua-dua robot tidak bergerak selama 10 saat setelah perlawanan bermula.
b) Kedua-dua robot telah terjatuh dari gelanggang dan kedua-dua menara masih kekal dalam gelanggang.
c) Robot dan menara masih kekal dalam gelanggang setelah masa tamat.
d) Robot dan menara jatuh serentak mengosongkan gelanggang.
7. Pasukan akan hilang kelayakan (disqualified) dalam perlawanan sekiranya:
a) Robot tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam perkara 4.0.
b) Peserta menyentuh mana-mana bahagian dalam gelanggang terutama robot dan menara semasa pertandingan.
c) Peserta menunjukkan sikap tidak sopan atau menggunakan bahasa kesat kepada pengadil pertandingan, penjaga masa atau pasukan lawan.
d) Peserta didapati mensabotaj robot pasukan lawan.
e) Pasukan bertanding menggunakan robot bukan milik mereka.