PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN
1. Hanya satu (1) pasukan terbaik daripada sekolah menengah sahaja yang akan mewakili negeri ke peringkat negeri secara bersemuka.
2. Pertandingan ini melibatkan pembangunan projek permainan menggunakan perisian Scratch versi terkini. Kandungan projek adalah mengikut kreativiti murid.
3. Bahasa yang digunakan di dalam projek mestilah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di mana penggunaannya difahami oleh ahli masyarakat secara umum.
4. Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5) warganegara Malaysia di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sahaja.
5. Penyertaan terdiri daripada dua (2) orang murid dan seorang (1) guru pembimbing.
6. Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
7. Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
8. Projek mestilah asli dan tidak pernah dikomersialkan. Permainan yang dihasilkan mestilah bersifat baharu. Bagi permainan yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah mesti melakukan pengubahsuaian ke atas projek berkenaan.