PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sahaja.


2. Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori:

     - Sekolah rendah (Murid tahun 4 hingga 6)

     - Sekolah menengah (Murid tingkatan 1 hingga 5)


3. Penyertaan adalah secara berkumpulan (2 orang murid) dan seorang (1) guru pembimbing. 


4. Pertukaran peserta selepas pendaftaran tidak dibenarkan.


5. Peserta perlu mendapatkan persetujuan dan keizinan dari ibu bapa/ penjaga bagi menyertai pertandingan ini.


6. Pihak penganjur dan pengelola tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan harta benda dan lain-lain sepanjang pertandingan berlangsung.