PENGENALAN STARTER KIT A
LAWATI FACEBOOK JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
PENGENALAN STARTER KIT A
Starter Kit A merupakan satu inisiatif yang dikemukakan oleh Unit Kaunseling dan Kerjaya Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang dirangka ke arah memperkasakan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Kit ini bertujuan untuk menyediakan panduan yang komprehensif serta bahan sokongan yang relevan dan mudah diakses bagi memudahkan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang efektif dan berkesan.
Direka dengan mengambil kira keperluan dan realiti semasa Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Starter Kit A ini mengandungi bahan sokongan dan strategi pelaksanaan bagi setiap bidang tugas utama guru bimbingan dan kaunseling. Setiap bahan sokongan dalam kit ini telah disusun secara sistematik untuk memenuhi empat fokus utama perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah
Pembangunan Professionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling
Program Minda Sihat
Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik
Pengurusan Sistem ePerkhidmatan Kaunseling Murid
Pengurusan Kepimpinan Student Leaders Board
Pengurusan Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya
MANUAL DAN VIDEO PENGGUNA STARTER KIT A
PEGAWAI PENYELARAS
JAWATANKUASA STARTER KIT A
Ⓒ 2025 Maklumat disediakan oleh Barisan Jurulatih Utama Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Johor