Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
Mewujudkan Suasana Aman, Makmur dan Harmoni.
Love and Serve
Kami, warga SMK St. Joseph Miri dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana.
Membentuk jentera sekolah yang cekap, berkesan, dinamik berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.
Mewujudkan organisasi sekolah yang sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan, pelajar, guru, staf dan masyarakat.
Melaksanakan program budaya ilmu untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM. Menyediakan kemudahan yang selesa, lengkap dan cukup selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyayang.
Menyediakan staf yang mencukupi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab, produktif dan berdedikasi.
Kami warga SMK St. Joseph Miri, berikrar akan mengamalkan;
Budaya sekolah cemerlang dan penyayang.
Sikap bertanggungjawab dan progresif.
Semangat berpasukan dan penuh kemesraan.
Akhlak mulia dan proaktif.Berfikiran kreatif dan inovatif.
Selaras dengan visi pendidikan Negara bagi mencapai pendidikan bertaraf dunia.
All of St Joseph’s,
a voice is resounding,
Promptly respond to your duty’s sweet call,
Answer you all for the trumpet are calling,
Your Mater’s proclaiming her watch word to all.
Chorus :
Forward, her children dear,
Ever with hearts sincere.
Render with joy to your Mater her due;
All that is vile reject,
Heaven will e’er protect.
All of St Joseph’s valiant and true.
Love and Serve your motto's still bearing.
Love and serve in ways that are just.
True to your standard in doing and daring,
like faithful Josephian in heaven you trust.
SMK St. Joseph Miri mula dibina pada tahun 1932, sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua oleh paderi-paderi Roman Katolik dari kumpulan “The Mill Hill Fathers”, diketuai oleh Rev. Father H. Jansen. Sekolah ini pada masa itu, merupakan sebuah Gereja, dengan bahan binaan kayu, menempatkan pelajar daripada pelbagai kaum, lelaki dan perempuan dari Darjah 1 sehingga Darjah 7. Darjah 7 adalah mungkin setaraf dengan Tingkatan 5 sekarang. Selepas Perang Dunia Kedua, guru-guru tempatan diambil untuk mengajar manakala paderi-paderi yang masih ada menjadi Guru Besar.
Beberapa orang kenamaan sekarang adalah merupakan pelajar sekolah pada masa itu. Mereka adalah Ketua Menteri Sarawak pada masa ini, Pehin Seri Haji Abdul Taib Bin Mahmud, Bekas Yang DiPertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Haji Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub dan Bishop Anthony Lee Kuok Hin of Miri Diocesan. Ketika itu pelajar belajar menulis dan membaca di atas tanah. Perang Dunia Kedua telah memusnahkan sebahagian bangunan sekolah. Penempatan baru sekolah selepas itu adalah di sebuah rumah kecil yang terletak berdekatan dengan Jalan Bulatan, di Kelab Gymkhana sekarang. Pada tahun 1954, sekolah ini kemudiannya dipindahkan ke kawasan tapak Kuaters dan Simpanan Shell, berhampiran dengan Stesen Bas dan dipindahkan sekali lagi ke tapak baru yang kini merupakan SK St. Joseph Miri.
Pada bulan Januari 1964, SMB St. Joseph, ditubuhkan di tapak baru, di Jalan Brighton, Miri, dengan 7 orang guru dan 324 orang murid. Guru Besar pertamanya adalah Rev. Father John Dekker (1964-1966), dikuti oleh Rev. Father Edmund Slowey (1966-1969), Rev. Father Keogan (1970-1973) dan Rev. Father John McClorey (1974-1976). Mulai April 1976, jawatan Guru Besar atau Pengetua diterajui oleh guru-guru tempatan, bermula dengan En. Richard Chan. Pada akhir Dekad enam puluhan, hinggalah awal dekad tujuh puluhan, pelajar sekolah ini, Lau Geok Yin telah berjaya memecahkan rekod 400m di peringkat Bahagian dan Negeri. Pada tahun tujuh puluhan pula, Pasukan Bola Lisut sekolah tiada saingannya di Miri. Kini kegemilangan sekolah juga turut tenggelam kecuali bagi acara Badminton yang masih meraih kejayaan dalam pertandingan terbuka peringkat Daerah, Bahagian dan antara sekolah. Sekolah ini pernah menunjukkan kehebatan dalam Peperiksaan LCE tahun 1984. Enrolmen murid juga pernah meningkat ke angka 2,000 orang dengan dua sesi persekolahan pagi dan petang walaupun dengan kemudahan yang terhad. Tahun-tahun kemudiannya kedudukan sekolah sebagai sekolah pilihan di Miri masih bertahan dan menghadapi saingan hebat dari sekolah-sekolah yang baru ditubuhkan di Miri.
Mulai tahun 1996 sekolah di bawah pentadbiran En. Marcus Gau Lian selaku Pengetua, sekolah kembali menyerlah dengan kumpulan Brass Band dan Program Sisterhood Bersama Korea Selatan. Pelbagai pencapaian Brass Band di peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa amat membanggakan. Enrolmen tidak menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2013 enrolmen sekolah menurun ke angka 772 berbanding dengan pada tahun 2012 pada angka 806. Sekolah menghadapi “some rough years” dan imej sekolah dipulih semula dengan memperjuangkan semangat cemerlang “Once a Josephian, Always a Josephian”.
Pada tahun 2013, SMK St. Joseph mula bertukar wajah dengan pimpinan baru dan pembaharuan semangat untuk memajukan sekolah. Pengetua baru, En. Ng Meng Heong, melaporkan diri bertugas mulai 28 December 2012. Banyak perubahan yang ingin beliau usahakan untuk SMK St. Joseph Miri walaupun menghadapi kekangan serta saingan hebat dari sekolah-sekolah berhampiran yang “establish” dan hebat di Miri, seperti SM Sains Miri, Kolej DT Haji Bujang, SMK Chung Hua, SMK St. Columba dan Sekolah Swasta Riam.
Dengan berbekalkan ketegasan, beliau sering mengingatkan bahawa disiplin adalah tulang belakang dalam setiap usaha sekolah, memberikan suntikan motivasi kepada para pelajar dan semua staf sekolah untuk sentiasa memajukan diri dan sekolah. Beliau juga mengingatkan bahawa “Glory belongs to God not to man”, warga Josephian hendaklah sentiasa ingat “Love dan Serve” dan “be Humble”.
Mulai tahun 2014, SMK St. Joseph Miri mengorak langkah dengan semangat baru dengan berlandaskan Visi barunya SMK St. Joseph Miri Sentiasa Maju, Misi barunya Membentuk Insan Bersifat Holistik dan Matlamat barunya Mewujudkan Suasana Aman, Makmur dan Harmoni. Kini warga Josephian mula dapat merasai perubahan berkenaan dengan adanya persepsi dan kepercayaan yang lebih baik daripada masyarakat. Sokongan padu PPD Miri dan hubungan erat dua-hala dengan sekolah menjadi penyuntik semangat untuk sekolah ini terus maju.
SEJARAH MENGIKUT KRONOLOGI:
1932
Rev. Farther H. Jansen, seorang paderi Mill Hills, dari Paroki St. Joseph Miri membuka kelas pertama.
1942
Sebahagian besar bangunan sekolah rosak teruk dalam Perang Dunia Kedua, akibat ledakan bom oleh tentera Jepun. Sekolah terpaksa ditutup pada Disember 1941.
1945
Sekolah dibuka semula. Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan di Gereja St. Joseph.
1953
Sekolah dipindahkan ke tapak baru yang disediakan oleh Gymkhana Club.
1954
31 Mei 1954 bangunan dua tingkat dengan 12 bilik darjah telah dibuka di Jalan Angsana untuk pendidikan sekolah rendah dan menengah.
1964
Sekolah menengah berpindah ke Jalan Brighton. Bangunan yang pertama dibina oleh Reverend Father John Dekker, dua tingkat bangunan(Blok A) yang mempunyai 12 bilik darjah,makmal (Blok B), kantin , Dewan Keogan dan juga padang bola keranjang. Semua bangunan tersebut telah dirasmikan pada 31 Mei 1964.
1968
Bangunan kayu (Blok C) telah dibina untuk “Domestic Science and Art”
1987
Blok D untuk kegunaan Makmal telah dibina.
1993
Blok E (bangunan tiga tingkat) dibina untuk bilik darjah, gymnasium dan juga bilik Kemahiran Hidup Bersepadu.
Sekolah tiada Pengetua. Penolong Kanan Pentadbiran, En. Ng Cheng Soo menjalankan tugas Pengetua.
1996
Penubuhan Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
2000
Pencapaian Brass Band tempat ke-3 dalam pertandingan Band Formation Miri Parade.
2001
Bangunan Pentadbiran / Blok C dibina dan dirasmikan oleh YB Tan Sri Datuk Amar Dr. George Chan Hong Nam pada 2 September 2001.
Pencapaian Brass Band tempat ke-2 dalam pertandingan “Marching Band” peringkat Negeri Sarawak kali pertama.
2002
Pencapaian Brass Band tempat ke-2 dalam pertandingan “Marching Band” peringkat Negeri Sarawak kali kedua.
2003
Pencapaian Brass Band tempat ke-3 dalam pertandingan “Band Display Marching Band” peringkat Negeri Sarawak. Dalam pertandingan berkenaan adik Danny Goh dianugerahkan “Best Drum Major”.
Pencapaian Brass Band tempat ke-3 dalam pertandingan “Marching Band” peringkat Negeri Sarawak kali ketiga.
2006
Pembinaan Tandas Baru berhampiran dengan Kantin Sekolah.
Bangunan Blok D diwartakan sebagai Bangunan Tidak Selamat oleh JKR
2007
6 bilik makmal(Blok F) telah dibina untuk menampung kegunaan makmal.
2010
Bangunan Blok D diperbaiki oleh Lembaga Pengurusan Sekolah dengan Kos RM 125,000.00 dan digunakan untuk kelas Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.
Blok B telah digunakan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi.
2011
Pengetua Encik Marcus Gau Lian telah berpindah ke SMK Luar Bandar, Miri
2012
Sekolah tiada Pengetua. Penolong Kanan Pentadbiran Cik Gan Chia Ling menjalankan tugas Pengetua.
Pembinaan Kantin Baru bagi menggantikan Kantin Lama yang sudah Uzur.
Bangunan Blok A dicat semula.
Kerja-kerja menyimen tempat letak kereta di hadapan Blok A.
Pemasangan Jubin Lantai di semua kelas di Blok A.
Pemasangan Jubin Lantai di semua kelas di Blok C.
Pemasangan Jubin Lantai di semua kelas di Blok D.
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tinggi Sarikei, En. Ng Meng Heong, melaporkan diri sebagai Pengetua yang baru pada 28 Disember 2012.
2013
Pemasangan Sistem Keselamatan dengan CCTV Fasa 1.
Sumbangan 7 buah Komputer “Desktop” daripada Lembaga Pengurusan Sekolah.
2014
Kebun Anggur telah didirikan.
Tandas pelajar telah didirikan antara Blok C & Bloc D.
2017
Pagar utama sekolah telah ditukar ke pagar auto aluminium.
Foyer antara Blok B & Blok C telah disimen, tile dan juga mempunyai bumbung
2018
Tandas Perempuan Baru didirikan oleh dana sumbangan dari Reunion 85th Dinner.
Februari-Blok D telah disahkan oleh JKR tidak selamat digunapakai.
2020
Blok D sedang diperbaiki
Pengetua En Peter Use Lenjau melapor diri pada 21 Disember 2020
1964 – 1966 : Rev. Father J. Dekker
1967 – 1969 : Rev. Father Edmund Slowey
1970 – 1973 : Rev. Farther Keogan
1974 – 1976 : Rev. Father John McClorey
April 1976 – 1978 : En. Richard Chan
October 1978 – 1981 : En. Nicholas Yii Siew Hua
June 1981 – 1982 : En. William Ng
June 1982 – 1993 : Nicholas Yii Siew Hua
Mac 1995 – 1996 : Marcus Hugo Matu Lejau
1996 – 2011 : Marcus Gau Lian
28 Dec 2012 – 2 Nov 2020 : Samuel Ng Meng Heong
21 Dec 2020 - Kini : Peter Use Lenjau