smk shahbandaraya
CEMERLANG ILMU, CEMERLANG SAHSIAH
"KitaShahbandarayaHebatBersama"
CEMERLANG ILMU, CEMERLANG SAHSIAH
"KitaShahbandarayaHebatBersama"
PROFIL SEKOLAH
RUSLIZAWATI BINTI AHMAD
PENGETUA
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya telah dibuka dengan rasminya pada 9 Jun 2003 Sekolah ini beralamat di Jalan Raja Nong Off Jalan Kota Raja, 41000 Klang Berstatuskan sekolah menengah harian biasa, sekolah ini menempatkan pelajar dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Enam.
Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 2004 di bawah pentadbiran pengetu pertamanya satu Puan Hajah Fatimah Bt Mat Tamin dan dibantu oleh dua orang 'care taker lalu Puan Hajah Mawarni Bt Yahya (Penolong Kanan Pentadbiran ) dan Puan Hajjah Jamallah Bt Rais sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pada 1 Januari 2004, sekolah ini telah mula menerima kemasukan seramai 158 orang pelajar dan 19 orang guru.
Pada tahun 2005, SMK Shahbandaraya telah menerima 62 orang pelajar bagi kumpulan pertama Program Pelajar Rancangan Khas (KRK) dan juga mengambil pelajar Pra Universiti Aliran Sains manakala pengambilan aliran Sastera Pra Universiti dilakukan pada tahun 2006 Tahun 2006 juga merupakan tahun pertama seramai 118 orang pelajar SMK Shahbandaraya menduduki perperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sekolah ini.
Sebelum menggunakan nama SMK Shahbandaraya sekolah ini didaftarkan atas nama SMK Kampung Jawa 2. Memandangkan terdapat empat buah sekolah yang menggunakan nama Kampung Jawa, terdapat pelbagai kekeliruan yang timbul dalam masyarakat di sini, maka melalui surat KP (JPS) 5181/57/Jd. bertarikh 13 Oktober 2005 dengan secara rasminya nama sekolah ini ditukar kepada SMK Shahbandaraya.
HALA TUJU SMK SHAHBANDARAYA 2023
Pendidikan berkualiti Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya adalah bermatlamatkan CEMERLANG ILMU dan CEMERLANG SAHSIAH
MISI KPM
Membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia
OBJEKTIF KPM
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu;
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera;
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara;
Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warnegara Malaysia.
VISI SEKOLAH
Menjadi sekolah pilihan utama bertaraf lima bintang
MISI SEKOLAH
Memberi pendidikan berkualiti bagi melahirkan modal insan cemerlang yang mempunyai minda kelas pertama dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dunia dan teknologi terkini
KETERANGAN LENCANA SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
Kami bertekad cita yang satu
Cemerlang menepati wawasan
Hidup berakhlak hidup beramal
Berilmu dan harmonis
Luas lautan rempuh gelora
Genggam ilmu di dada
ilmu menjana kemajuan
Bermula di sini
Maju sekolahku terus maju
SMK Shahbandaraya
Berinovasi berprogresif
Celik teknologi
COUNTDOWN SPM
AKTIVITI SEKOLAH
TEPUK SHAHBANDARAYA
TARIAN JAMILAH SHAHBANDARAYA
AKTIVITI SEKOLAH
Alamat Organisasi
SMK SHAHBANDARAYA
Jalan Raja Nong, Off Jalan Kota Raja
41000 Klang,
Selangor Darul Ehsan
Email : BEA0111@moe.edu.my
Tel : 03-33714653
Fax : 03 - 33714417