SMK Raja Chulan merupakan sebuah Sekolah Rancangan Khas (Asrama Harian) dan Sekolah Transformasi TS25 Kohort 5 yang mula beroperasi pada tahun 1961. SMK Raja Chulan merupakan sekolah 2 sesi dan turut menawarkan program Pra-Universiti. Jumlah murid keseluruhan ialah 770 orang murid manakala jumlah guru ialah seramai 83 orang.
(Data pada 20.04.2026)
SELAMAT DATANG KE PORTAL SMK RAJA CHULAN
Tandatangan Buku Pelawat Digital di:
LOGIN DASHBOARD PENGURUSAN PANITIA
Sila akses dashboard Panitia melalui menu Ruang Sekolah dalam Portal DELIMa 📂
Warga SMK Raja Chulan merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan mewakili Negeri Perak ke Anugerah Digital Utilisation Technology Awards (DUTA) 2026 peringkat kebangsaan.
Pencapaian ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen berterusan sekolah dalam membudayakan pendigitalan pendidikan, memperkasakan penggunaan teknologi dalam PdP serta melahirkan warga sekolah yang celik digital dan berdaya saing.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan berjaya dalam Sesi Verifikasi Penilaian Akhir Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 23 April 2026.
“Memacu Pendidikan Digital, Mencorak Masa Depan.”
Tahniah dan selamat maju jaya kepada seluruh warga SMK Raja Chulan! 🚀✨
SMK RAJA CHULAN merupakan sekolah TS25 Kohort 5