SMK Kubang Kerian merupakan sekolah harian dengan pelbagai pencapaian cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan juga sahsiah. Justeru, saya amat berterima kasih kepada semua guru dan seluruh warga sekolah atas semangat, kesungguhan dan iltizam yang tinggi dalam mendidik murid-murid SMK Kubang Kerian ke arah mencapai pembentukan modal insan yang berjaya dunia dan akhirat. Marilah kita terus bekerja bersama-sama untuk merealisasikan hasrat seperti yang termaktub dalam Gelombang ke-2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Apabila kita benar-benar istiqamah serta yakin dengan hala tuju kita pasti ia akan mampu kita jayakan bersama dengan lebih cemerlang dan gemilang.


Sebagai pendidik, kita harus berusaha sedaya upaya untuk melahirkan generasi “Anak Yang Baik lagi Cerdik” sebagaimana yang dihasratkan oleh KPM, murid yang berkualiti serta mampu bersaing di peringkat global. Penekanan kepada enam aspirasi murid dalam PPPM 2013 – 2025 iaitu melahirkan murid yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, murid yang beretika dan mempunyai identiti nasional yang utuh perlulah menjadi agenda utama kita serta menyediakan murid dengan kemahiran bagi menghadapi cabarancabaran dalam pendidikan digital dan perubahan pendidikan masa depan. Dalam meningkatkan kualiti sekolah, kita hendaklah menjadikàn Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) sebagai satu sumber rujukan yang dijadikan standard tanpa mengira latar belakang sekolah. Oleh itu, dalam melaksanakan peningkatan kualiti sekolah, kita perlu melakukannya secara menyeluruh termasuklah dengan mengambil kira aspek kemenjadian murid secara holistik.


Pengetua SMK Kubang Kerian

2025