Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) adalah salah satu modul yang berada di bawah Modul Pengurusan Murid.
Merekod kes-kes salah laku murid
Merekod sahsiah diri murid yang baik
Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
Menjana dan memaparkan laporan statistik salah laku dan sahsiah yang baik
Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap
Bertujuan membentuk sahsiah dan jatidiri murid agar mengamalkan nilai-nilai murni dan pekerti mulia di dalam kehidupan seharian. SSDM ini berkait rapat dengan APDM.
Amalan baik juga akan direkodkan ke dalam SSDM. Contoh amalan baik adalah memungut sampah di dalam kelas, membantu rakan dalam kesusahan, membersihakn dan mengemas meja guru dan banyak lagi.
SSDM adalah sistem untuk merekod salah laku murid dan sahsiah diri murid ketika berada di sekolah. Dengan rekod ini, semua pihak yang berkenaan dalam mengakses data salah laku murid dan sahsiah diri murid bagi tujuan mengawal dan mengatasi masalah disiplin di kalangan murid.
Dadah
Tingkah laku jenayah
Buli
Rokok
Ponteng
Tingkah laku lucah
Tingkah laku kurang sopan/biadab
Kesalahan vandalisme
Tingkah laku tidak amanah
Kenakalan
Tingkah laku tidak pentingkan masa
Kekemasan diri
Penglibatan politik
Kes khas