SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR KUNING
Sekolah Menengah Kebangsaan Air Kuning terletak di Air Kuning, 31920, Mambang Di Awan, Perak Darul Ridzuan. SMK Air Kuning adalah sekolah yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan hanya mempunyai satu sesi persekolahan, iaitu sesi pagi. Keluasan sekolah ini ialah 10.4156 hektar, ( 10 Ekar 1 Rod 17 Pol) menjadikan sekolah yang mempunyai keluasan terbesar di daerah Batang Padang. Sekolah ini mula dibina pada tahun 1994 dan mula digunakan pada Julai 1996. Cadangan dan idea pembinaan SMK Air Kuning sudah wujud sejak tahun 1960-an lagi. Desakan yang dicetuskan oleh masyarakat setempat dalam beberapa mesyuarat UMNO Kampung Baru Air Kuning telah dimaklumkan kepada ahli Parlimen Batang Padang, YB Kapten Haji Abdul Hamid Khan, pada ketika itu adalah Menteri Pelajaran Tanah Melayu pada tahun 1962 hingga 1964.
Desakan ini semakin kuat apabila masyarakat setempat Air Kuning amat memerlukan sebuah institusi pendidikan yang lebih hampir dengan kampung-kampung sekitar kawasan Air Kuning. SMK Air Kuning dilihat sebagai kesinambungan kepada beberapa sekolah rendah di sekitar Air Kuning seperti Sekolah Kebangsaan Ayer Kuning, Sekolah Kebangsaan Banir, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pheng Lok dan Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong. Sebelum ini penduduk terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang jauh di pekan seperti Kampar, Langkap dan Tapah. SMK Air Kuning akan menjadi pengganti dan alternatif terbaik untuk penduduk di sini. Tanggal 27 April 2000, sekolah ini telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzudin Shah Ghafarullahulah. Pengasas pertama sekolah ini ialah Yang Mulia Tunku Shamsudin Bin Tunku Nazri. Tahun ini, 2021, genaplah usia SMK Air Kuning 25 tahun. Semoga lebih ramai pelajar berjaya dari segi kurikulum dan kokurikulum akan dilahirkan di sini.
Lokasi SMK Air Kuning melalui GPS:
X: 101.141889
Y: 4.197833
LENCANA SEKOLAH
Keseluruhan lencana menegaskan kepentingan kurikulum dan kokurikulum yang seiring ke arah merealisasikan wawasan negara dan matlamat sekolah di samping amalan-amalan murni.
MERAH BERANI
BIRU PERPADUAN DAN KESEJAHTERAAN
KUNING NEGARA BERAJA DAN CERIA STUKTUR, KOMPOSISI & TAKRIF
PERISAI PERLINDUNGAN
BUKU ILMU
BOR PENYULUH HIDUP
PENA PENGGERAK MINDA
BUNGA PADI SEMANGAT
TIGA RODA TIGA BANGSA BERSATU TENAGA DALAM SEGENAP BIDANG
RODA PERSEKITARAN TEKNOLOGI
MOTO BERILMU, BERAMAL, BERWAWASAN