PENGENALAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Pamol telah diasaskan pada 5 Januari 1981. Pengasas sekolah ini terdiri daripada beberapa orang iaitu Tuan Mahbab (Pengurus Besar Ladang Pamol), Tuan Haji Sabarudin Zainudin (PBB Sandakan), Encik Jamali Khasan (Tuan pengarah Pendidikan Sabah) dan Encik Hnery Lindan (Guru Besar SK Pamol).
Sekolah ini terletak kira-kira 150 kilometer dari Bandar Sandakan dan 80 kilometer dari Beluran, SMK Pamol mempunyai keluasan seluas 30 hektar yang terletak di sebuah ladang Pamol. Selain , untuk ke sekolah dapat dihubung melalui jalan darat dan air.
Pada tahun 1988, atas keprihatinan pemilik ladang, IOI Sdn. Bhd telah memberi tapak untuk mendirikan SMK Pamol yang baru. Pada tahun 1994, SMK Pamol telah dirasmikan oleh Tan Sri Muhyidin Yaasin, Naib Presiden UMNO ketika itu.