TABUNG IHYA’ RAMADAN
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, SMAAM ingin membuka peluang kepada para ibu/bapa & para dermawan untuk menyumbang ke dalam Tabung Ihya’ Ramadan.
Tabung ini dibuka bertujuan untuk membantu menjalankan beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang bulan ramadan ini. Segala sumbangan tuan/puan amatlah dihargai.
Bagi tuan/puan yang berhajat untuk memberikan sumbangan, disertakan no akaun untuk transaksi : 👇🏻
📌Bank Islam Malaysia Berhad
📌Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing
📌01096010001847
📌Reference : Tabung Ramadan
Atau sumbangan juga boleh disalurkan melalui QR Code yang tertera di dalam poster.
Selepas transaksi, resit boleh diberikan kepada guru kelas anak-anak tuan/puan.
🌸Daripada infaq ini dapat membentuk jiwa yang cintakan sedekah. Memberi dengan hati. Mendidik penuh ikhlas 🌸
#TabungRamadan
#InfaqSeikhlasHati
#SMAAMHEBAT
Sila klik di sini, bagi melayari laman Ujian.
Laman ujian belum dibuka sehingga ke tarikh Ujian Kelayakan pada
18 Januari 2025.
11 dan 12 Disember 2024, Rabu dan Khamis
Team Helocore telah mengadakan beberapa sesi penerangan dan latihan di sekolah bagi memperkenalkan sistem baharu kepada pihak pentadbiran, guru, serta pengusaha kantin dan koperasi. Sesi pagi melibatkan admin sekolah yang diberikan panduan penggunaan sistem, diikuti dengan sesi pendaftaran guru untuk memperkenalkan peranan mereka dalam pelaksanaan sistem ini. Sesi tengah hari pula memfokuskan kepada pengusaha kantin dan koperasi, dengan latihan berkaitan fungsi pembayaran serta pengurusan akaun. Semua peserta membawa keperluan seperti peranti dan dokumen sokongan untuk memudahkan latihan. Program ini berjalan lancar dan memberikan kefahaman menyeluruh kepada semua pihak, diharapkan dapat membantu pelaksanaan sistem dengan berkesan.
1 Disember 2024, Ahad
Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) : 1 - 3 Disember 2024.
Peperiksaan Sijl Menengah Agama (SMA) : 4 - 10 Disember 2024.
Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM 2024 : 2 - 5 Disember 2024.
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2024 : 16 - 19 Disember 2024.
30 November 2024, Sabtu
Sekolah berkesan ialah sekolah yang memperlihatkan pencapaian pelajar yang cemerlang baik dari segi akademik mahupun daripada aspek pembentukan sahsiah dan kokurikulum. Selain itu, perkongsian visi dan misi, kewujudan budaya pembelajaran, penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengukuhan dan daya saing yang tinggi dalam kalangan pelajar, serta pemuafakatan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat akan turut menampakkan kecemerlangan sekolah.
Majlis Hari Apresiasi akan menjadi pemangkin dalam merealisasikan segala hasrat dan harapan yang terkandung dalam misi dan visi sekolah. Suntikan semangat dan pengiktirafan yang bakal diberi kepada pelajar-pelajar secara tidak langsung akan menyemai motivasi intrinsik dalam diri mereka ke arah yang lebih cemerlang dan progresif.