Program SUMUR telah dilaksanakan di peringkat SMAAM pada 10 Oktober 2024 dari jam 7.30 hingga 8.30 pagi disusun rapi dengan pelbagai acara bermakna. Dimulakan dengan ucapan pengerusi, diikuti tayangan video Hadis 40 yang memberikan pengisian rohani. Pembentangan inovasi pula menjadi platform mempamerkan kreativiti warga sekolah.
Acara taaruf bersama guru baru bertujuan mengeratkan hubungan dan memperkenalkan mereka kepada komuniti sekolah. Penyampaian hadiah inovasi dan sijil kepada guru praktikal adalah penghargaan terhadap usaha dan sumbangan mereka.
Penutup majlis dengan lagu sekolah dalam Bahasa Arab dan Doa Rabitah melengkapkan acara, mencerminkan identiti serta perpaduan warga sekolah. Secara keseluruhan, majlis ini menyerlahkan elemen rohani, akademik, dan penghargaan.
Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing (SMAAM) menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan dasar pendidikan digital dengan memanfaatkan kemudahan dan kemampuan yang tersedia. SMAAM komited untuk menerapkan elemen digital dalam pembelajaran melalui penggunaan platform pembelajaran dalam talian, peralatan teknologi sedia ada, dan latihan guru.
Walaupun menghadapi kekangan seperti kekurangan peranti dan akses internet, SMAAM berusaha mengatasi cabaran tersebut dengan mengadakan bengkel teknologi, kerjasama komuniti, dan sumbangan pihak luar. Langkah ini sejajar dengan visi kerajaan untuk melahirkan pelajar yang celik teknologi, kreatif, dan berdaya saing dalam era digital. Usaha ini menunjukkan keprihatinan SMAAM terhadap masa depan pendidikan pelajar.
Kredit :izzuddin January 24, 2023
https://studentportal.my/mysg/
Bagi memastikan tadbir urus sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) beroperasi dengan baik, satu garis panduan iaitu Malaysian School Governance (MySG) telah diperkenalkan.
MySG adalah satu garis panduan pengurusan sekolah yang komprehensif dan sistematik bertujuan untuk mengatasi isu kekaburan peranan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah serta menyeragamkan pengurusan sekolah berdasarkan program dan aktiviti dari bahagian-bahagian KPM yang perlu ada di semua sekolah.
Garis panduan ini telah disediakan secara bersama oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPM, Bahagian-bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK).
Menerusi Mesyuarat Profesional KPM Bil 11/2021 bertarikh 23 Mac 2021 telah bersetuju dan meluluskan penggunaan MySG sebagai rujukan rasmi pengurusan sekolah di bawah KPM.
Terdapat 4 perkara utama yang diperincikan di dalam garis panduan ini iaitu:
Maklumat Umum Pengurusan Sekolah
Perincian Tugas Portfolio Berjawatan dan Portfolio Tanpa Jawatan Sekolah
Perincian Tugas Jawatankuasa Sekolah
Jadual Pelaksanaan Pengurusan Sekolah
Maklumat umum pengurusan sekolah merujuk kepada jenis dan kategori sekolah yang wujud di dalam negara berdasarkan:
Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]
Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Ke Empat, Cetakan Pertama 2017.
Di dalam bahagian ini, terdapat beberapa perkara diperincikan iaitu:
Komponen dan Subkomponen Pengurusan Sekolah Menengah KPM
Pelaksana Pengurusan Sekolah Menengah KPM
Kompleksiti Tugas Penjawat Awam Di Sekolah (PPP dan AKP)
Waktu Bekerja Penjawat Awam Di Sekolah (PPP dan AKP)
Carta Organisasi dan Carta Pelaksana Komponen Pengurusan Sekolah Menengah KPM
Perincian Tugas Portfolio Berjawatan dan Portfolio Tanpa Jawatan Sekolah adalah menerangkan senarai tugas atau perincian tugas bagi setiap Portfolio Berjawatan dan Portfolio Tanpa Jawatan yang diwujudkan di Sekolah Menengah KPM.
Portfolio Berjawatan di sekolah boleh dikategorikan kepada 4 kumpulan berdasarkan kluster kompetensi perjawatan iaitu:
Pengajaran dan Pentadbiran (PTA) PPP yang terlibat dalam pengajaran serta pentadbiran
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) PPP yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan dan Pentadbiran (PTB-GBK) PPP yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran
Pengurusan dan Pentadbiran (PTB-AKP) AKP yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran
Portfolio Tanpa Jawatan di sekolah boleh dikategorikan kepada 4 komponen berdasarkan bidang pengurusan sekolah iaitu:
Komponen Pengurusan dan Pentadbiran
Komponen Kurikulum
Komponen Hal Ehwal Murid
Komponen Kokurikulum
Perincian Tugas Jawatankuasa Sekolah adalah merujuk kepada senarai tugas atau perincian tugas bagi setiap jawatankuasa yang diwujudkan di Sekolah Rendah KPM.
Jawatankuasa di sekolah boleh dikategorikan kepada 4 kumpulan mengikut komponen pengurusan di sekolah iaitu:
Komponen Pengurusan dan Pentadbiran
Komponen Kurikulum
Komponen Hal Ehwal Murid
Komponen Kokurikulum
Setiap komponen mempunyai jawatankuasa pengurusan utama dan beberapa jawatankuasa yang lain.
Selain itu, jawatankuasa pengurusan utama jawatankuasa yang mesti diwujudkan di semua sekolah (termasuk Sekolah Kurang Murid) seperti berikut:
Jawatankuasa Pengurusan Sekolah
Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum
Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid
Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
Jadual Pelaksanaan Pengurusan Sekolah memperincikan perkara berikut:
Komponen dan Subkomponen Pengurusan Sekolah iaitu pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.
Pelaksana Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Portfolio Berjawatan, Portfolio Tanpa Jawatan dan Jawatankuasa.
Punca kuasa dan garis panduan sedia ada berkaitan Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada surat pekeliling, surat siaran atau rujukan lain seperti buku garis panduan yang diterbitkan KPM.
Bahagian-bahagian KPM yang menjadi peneraju dan bertanggungjawab terhadap dasar dan pengoperasian Komponen dan Subkomponen Pengurusan Sekolah.