Pendidikan Di Malaysia Adalah Suatu Usaha Berterusan Ke Arah
Memperkembangkan Lagi Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Mewujudkan Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi, Dan Jasmani Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan. Usaha Ini Adalah Bagi Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan, Berketerampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejanteraan Diri Serta Memberikan Sumbangan Terhadap Keharmonian
Dan Kemakmuran
Masyarakat Dan Negara.
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke Arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (Pdp) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025. TS25 adalah satu usaha kearah melahirkan modal insan unggul melalui :-
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
Komitmen komuniti yang padu
RUANG MEDIA SOSIAL LAIN UNTUK DICAPAI :
Sejarah Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu berlaku dalam 4 fasa mengikut kepada perubahan sosiologi dan infrastruktur semasa. Ikuti serba sedikit sejarah sekolah pada link yang berikut:
Sejarah : http://skskulu.blogspot.com/p/sejarah-sekolah.html