PUAN ZAIFIRUS SINAR SURIATI BINTI MAHMMUD
Guru Besar,
SK Sinar Bahagia, Kulai, Johor
Salam Muafakat Johor dan Salam Negaraku Malaysia,
Alhamdulilah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana LAMAN RASMI SK SINAR BAHAGIA berjaya diiterbitkan Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia Tahun 2024/2025 ini disusun dan dibina sebagai panduan mendepani cabaran dunia pendidikan dalam era abad ke-21. Abad yang begitu mencabar minda dan kewibawaan kita sebagai pendidik yang berdepan dengan generasi melinium dan platinium yang serba canggih cara dan corak pemikiran berorentasikan alaf baru dan moden.
SK Sinar Bahagia sebuah sekolah yang sentiasa ke hadapan seiring kualiti merupakan fokus utama pentadbiran. Amalan kerja yang mementingkan kualiti adalah budaya kerja semua staff di sekolah di samping menyuburkan nilai murni ‘Membahagiakan, Saling Menghormati dan Disayangi’ merupakan nadi untuk mencapai hasrat murni sekolah.
Bagi tahun 2024/2025, pentadbiran Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia telah merangka 8 bidang keberhasilan utama sebagai kerangka kerja dengan berfokuskan SKPMg2 sebagai panduan pengurusan sekolah. Semua warga sekolah harus berusaha sedaya upaya untuk menterjemahkan apa yang telah dirancang supaya kerangka kerja ini dapat dihayati dan dilaksanakan bagi mencapai hala tuju yang telah dipersetujui bersama.
Besarlah harapan saya agar warga SK Sinar Bahagia bertekad dan berazam untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah yang telah disusun di dalam pelan taktikal secara optimum untuk melaksanakan 8 bidang keberhasilan utama melalui pelan operasi yang bertujuan memberikan impak positif dalam menjelmakan Sekolah Berkualiti dan Kemenjadian Murid. Kemenjadian Holistik Pengurusan dan Kemenjadian Holistik Murid akan dijadikan sebagai indikator untuk melihat keberhasilan dan kemenjadian murid.
Akhir kata, marilah kita bersama memperkasa PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia sebagai Sekolah Berkualiti dan membentuk Kemenjadian Murid yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan murid sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Kemampuan ini akan dibangunkan dengan pengekalan keteraturan pengurusan dan ilmu didik yang berkualitinya dan tinggi nilainya sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekian, terima kasih.
Yang memegang amanah
(PUAN ZAIFIRUS SINAR SURIATI BINTI MAHMUD)
Guru Besar,
SK Sinar Bahagia, Kulai, Johor