SELAMAT DATANG KE

LAMAN RASMI

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BANDAR



Sejarah Pembukaan

Sekolah Kebangsaan Seri Bandar terletak kira-kira 5 km dari Bandar Melaka.Sekolah Seri Bandar bermula daripada SRJK (Inggeris) Bandar Hilir (2) yang diwujudkan pada tahun 1965 dan berkongsi bangunan dengan SRJK (Inggeris) Bandar Hilir (1). Akibat daripada pertambahan jumlah murid dan atas desakan ibu bapa, pada tahun 1976, kerja-kerja membina bangunan baharu telah dimulakan di Ayer Leleh.

Pada bulan April 1977,buat pertama kalinya sekolah ini mula beroperasi di bawah pentadbiran Guru Besar pertama iaitu En.Tan Beng Hooi.Atas persetujuan pihak PIBG dan juga LPS serta guru-guru pada masa itu, maka pada tahun 1979,nama sekolah SRK Bandar Hilir (2) telah diubah kepada Sekolah Kebangsaan Seri Bandar.Nama Sekolah Kebangsaan Seri Bandar dipilih untuk mengenangkanbahawa pada suatu ketika dahulu,sekolah ini ialah SRK Bandar Hilir (2) dan juga kedudukan sekolah ini yang berhampiran dengan bandar.

Atas usaha pihak pentadbir yang pernah mentadbir sekolah sebelum ini, pelbagai perubahan dilakukan demi meningkatkan prestasi sekolah dan melakar kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum.