Modul 6 : KmR
Kefahaman melalui Rekabentuk
Kefahaman melalui Rekabentuk
Pelaksanaan Modul 6 : KmR di SK Senggarang
Pelaksanaan Modul 6 Program TS25 di SK Senggarang bermula pada 18 September 2022. Bertemakan "Kembara dari Ladang ke Kilang", 6 subjek telah digabungkan dengan mata pelajaran Sains bertindak sebagai tuan rumah. Subjek lain yang terlibat dalam menjayakan projek ini adalah Matematik, Pendidikan Islam, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sejarah. Projek ini telah dijalankan secara serentak selama 2 minggu oleh murid-murid tahun 6 dari 3 buah kelas seramai 104 orang, dengan bimbingan dari 17 orang guru mengikut subjek masing-masing.
Melalui pelaksanaan projek ini, murid-murid dapat mempelajari dan menggunakan pelbagai proses pengawetan makanan. Selain itu, murid-murid juga dapat menunjukkan kemahiran mereka dan dinilai didalam mata pelajaran lain seperti kemahiran mengukur, menjawikan ayat, mencipta poster, serta membentangkan bagaimana produk berasaskan cili dapat membantu perkembangan ekonomi negara kita.
Perancangan
Taklimat dan Perbincangan
Pelaksanaan Projek
Kembara dari Ladang ke Kilang
Galeri Aktiviti Murid
Hasil Kerja Murid
Pembentangan dan Rumusan