PEREKODAN DAN PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SESI AKADEMIK TAHUN 2022/2023
Apakah yang dimaksudkan dengan perekodan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara hibrid?
Perekodan PBD secara hibrid bermaksud guru boleh merekod tahap penguasaan PBD murid sama ada menggunakan Sistem Pengurusan
Pentaksiran Bersepadu (SPPB) secara dalam talian atau templat yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara
luar talian mengikut kesesuaian.
Adakah ini bermakna sekolah boleh membuat pilihan untuk melaksanakan perekodan dan pelaporan PBD secara dalam talian atau
luar talian?
Ya. Sekolah boleh memilih sama ada untuk merekod dan melaporkan tahap penguasaan PBD secara dalam talian menggunakan SPPB
atau templat yang disediakan oleh KPM secara luar talian.
Bagaimanakah cara perekodan PBD secara luar talian dilaksanakan?
Perekodan PBD secara luar talian dilaksana menggunakan templat yang disediakan oleh KPM:
a. PBD berterusan menggunakan templat luar talian sedia ada seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah Edisi Ke-2, 2019; dan
b. ujian akhir sesi akademik menggunakan templat yang disediakan oleh KPM dan boleh dimuat turun melalui portal KPM
(https://www.moe.gov.my/) dan portal Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) (https://bpk.moe.gov.my/)
mulai 20 Februari 2023 (Isnin).
Adakah tarikh akhir perekodan data PBD pada 10 Mac 2023 (Jumaat) akan dilanjutkan?
Ya. Tarikh akhir perekodan data PBD akan dilanjutkan sehingga 15 Mac 2023 (Rabu).
Bilakah pelaporan PBD sesi akademik tahun 2022/2023 boleh dikeluarkan?
Pelaporan PBD bagi sesi akademik tahun 2022/2023 boleh dikeluarkan setelah pengisian data PBD selesai dan lengkap.
Adakah meja bantuan disediakan jika terdapat pertanyaan berkaitan perekodan dan pelaporan PBD?
Ya. Sebarang pertanyaan berkaitan perekodan dan pelaporan PBD boleh diajukan kepada KPM melalui e-mel: helpdesksppb@gmail.com
atau hubungi 03-8884 2279.