SK LENJANG
SK LENJANG
Kata Alu-aluan
Guru Besar SK Lenjang
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Datuk/Datin/Tuan/Puan para ibu bapa yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya, maka laman web rasmi SK Lenjang ini telah dapat disediakan dengan jayanya.
Selari dengan usaha KPM ke arah transformasi pendidikan Orang Asli dan pribumi menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, warga sekolah dan komuniti perlu berkerja sebagai satu pasukan serta memberikan komitmen yang terbaik bagi memastikan murid orang asli mendapat pendidikan berkualiti dan relevan seiring keperluan semasa.
Semoga adanya laman web rasmi SK Lenjang ini dapat menjadi garis panduan kepada semua warga sekolah dalam meningkatkan keupayaan melonjakkan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lenjang sebagaimana yang telah dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Sekian, terima kasih.
MOHD ISTA'ARI BIN MAT ALI @ OTHMAN
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Lenjang
D/A PPD Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang
✆ N/A
FAX N/A
✉ cba3058@moe.edu.my