SK KEDAWANG

07000 LANGKAWI, 

KEDAH

Tel : 04 - 955 4787

Fax : 04- 955 2804

GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAWANG

ENCIK MOHD RAZALI BIN SAID

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah kerana dengan izinNYA dan limpah kurniaNYA, Dashboard Sekolah Kebangsaan Kedawang dapat dibangunkan.

       Hasrat untuk mengadakan laman Dashboard Sekolah Kebangsaan Kedawang ini menuntut tanggungjawab dan komitmen yang tinggi daripada setiap warga pendidik secara langsung atau tidak langsung. Berkat usaha inilah, maka Dashboard Sekolah Kebangsaan Kedawang menjadi realiti.  

       Untuk ini, saya sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kedawang ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang memberi kerjasama padu dalam membangunkan Dashboard Sekolah Kebangsaan Kedawang ini.

       Keterlibatan dan iltizam semua sebagai satu pasukan untuk merealisasikan hasrat murni ini amatlah di sanjung tinggi. Tidak dapat dinafikan, prasarana sekolah berada di dalam keadaan kekurangan tetapi saya percaya dan yakin semangat kerjasama berpasukan yang kental pada setiap warga pendidik SKKD akhirnya akan berjaya mengatasi segala permasalahan dan rintangan.  

       Dalam era teknologi yang semakin canggih ini, cara berkomunikasi dan cara pencarian dari segi pembelajaran dan pengajaran serta penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang lebih mudah.

       Justeru itu, diharapkan segala perancangan dan aktiviti di Sekolah Kebangsaan Kedawang dan sebarang maklumat atau informasi dapat dimanfaatkan dalam Dashboard Sekolah Kebangsaan Kedawang ini.  Disamping itu, saya mengharapkan semoga ianya dapat mencetuskan minat warga Sekolah Kebangsaan Kedawang terutamanya murid-murid amnya, yang mempunyai ketrampilan IT yang tinggi.  

     Akhir kata, saya mengharapkan semoga laman Dashboard Sekolah Kebangsaan Kedawang ini dapat memberikan manfaat sepenuhnya oleh semua pihak serta menjadi satu titik tolak ke arah mengautomasikan sistem pentadbiran dan pendidikan di sekolah ini. Sekaligus, diharapkan semoga semua warga Sekolah Kebangsaan Kedawang dan ibubapa mengambil kesempatan untuk mengakses maklumat terkini dari masa ke semasa.  


Sekian, terima kasih.

#SKKDtheBEST
#skkdihati

Buku Pengurusan SKKD 2023/2024.pdf

JUMLAH PENGUNJUNG