PENGENALAN RINGKAS :
APA ITU PROGRAM CERDIK?
APA ITU PROGRAM CERDIK?
Sumber rujukan
https://www.cerdik.org/ms/
PENGENALAN :
CERDIK merupakan inisiatif perintis tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bertujuan untuk menyediakan akses digital yang terdiri daripada komputer riba, tablet, dan sambungan data kepada murid-murid daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
CERDIK bertujuan untuk merapatkan jurang pembelajaran digital untuk kira-kira 150,000 murid di sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia dan mempelopori model pembelajaran digital untuk penggunaan masa hadapan.
Empat objektif CERDIK ialah:
Untuk menyediakan peranti, akses dan sambungan data kepada murid sekolah yang terpinggir.
Untuk membolehkan murid memperolehi pembelajaran dalam talian semasa penutupan sekolah dan juga pengalaman pembelajaran digital untuk masa hadapan apabila sekolah dibuka semula.
Untuk merapatkan jurang pembelajaran antara mereka yang mampu membeli peranti digital dengan mereka yang tidak berkemampuan.
Mempelopori model pembelajaran digital oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk penggunaan masa hadapan.
PERANAN:
Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) melalui LAKSANA (Unit Pelaksanaan & Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional) akan memantau setiap inisiatif di bawah Belanjawan 2021, termasuk CERDIK.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menentukan rancangan program CERDIK, termasuk pemilihan negeri, sekolah, serta kohort murid.GLCs, GLICs, dan yayasan mereka akan bekerjasama rapat dengan Sekretariat bagi merapatkan jurang pemilikan peranti dan sambungan data yang diperlukan serta melaksanakan proses perolehan yang sewajarnya.
Yayasan Hasanah, sebuah yayasan berasaskan impak milik Khazanah, merupakan Sekretariat (iaitu agensi penyelaras) kepada inisiatif perintis CERDIK. Yayasan ini akan menyelia pelaksanaan program ini secara menyeluruh dengan kerjasama syarikat-syarikat yang terlibat, KKM dan KPM.
PENUTUP :
SK Desa Tun Hussein Onn terpilih menerima 103 buah peranti untuk diagihkan kepoda 103 orang murid yang berkelayakan.