EN ABDUL MALEK BIN MOHAMED
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI
EN ABDUL MALEK BIN MOHAMED
GURU BESAR
KAPT (B) KHAIRUL ANUAR BIN MAT SAH
YDP PIBG
Semua cadangan dan pandangan berkaitan persekolahan anak tuan puan, boleh disalurkan melalui Google Form berikut :
LAMAN SOSIAL RASMI SK TAMAN MELAWATI
KEJAYAAN SKTM 2025
22 FEB 2025 - Program Keceriaan Kelas SKTM berlangsung dengan sambutan menggalakkan guru2 ibu bapa dan murid-murid. Terima kasih kepada semua yang bekerjasama dalam menceriakan dan menyediakan persekitaran yang kondusif kepada murid2 sekolah ini.
Terima kasih kepada guru dan Ibu bapa yang bertungkus lumus menceriakan kelas masing2-masing.
GB
17 FEB 2025 - Alhamdulillah,hari pertama pembukaan sekolah Sesi Akademik 2025/2026 berjalan lancar. Murid begitu teruja dan bersemangat dapat hadir ke sekolah dengan disambut oleh maskot kartun Labubu dan Karomi.
Sekalung tahniah dan syabas buat Jawatankuasa Pelaksana terutama barisan pentadbir,semua guru,semua AKP, YDP serta AJK PIBG dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Warga SKTM turut berbesar hati menyambut dan menerima kunjungan Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Ampang.
Semoga semua murid dapat menjalani sesi pembelajaran dengan lebih cemerlang serta hadir ke sekolah dengan gembira dan ceria.
"MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA "
#SKTMDIHATIKU #MOVINGFORWARD
Segera dapatkan Wristband bernilai RM40 untuk permainan tanpa had sekarang!
Jangan lepaskan peluang untuk mendapat pelbagai hadiah cabutan bertuah!
Pelbagai permainan menarik seperti disediakan untuk meriang-riakan alam persekolahan bersama rakan-rakan seperti :
SUPA DUPA
ZORB BALL
NERFBATTLE
GIANTBUBBLE
FOOSBALL
NERF SHOOTING TARGET
MEMANAH
SONY PS4
BASKETBALL ARCADDE
REFLECTION STICK
GIANT BUZZ WIRE
AIRHOCKEY
19 Ogos 2024 - Pihak sekolah dengan sokongan PIBG telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir FASA 1 . Majlis di bawah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling adalah salah satu Program dalam Amalan Sekolah Penyayang. Program ini adalah salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah.
Selamat Hari Lahir , Semoga Panjang Umur !
Gambar-gambar sekitar Pertandingan Koir Bulan Kebangsaan
Gambar-gambar sekitar hari pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2024
01-05 Julai 2024 -Seramai 7 orang murid SK Taman Melawati telah mewakili sekolah ke Kejohanan Memanah MSSD Gombak bertempat di SMK Gombak Setia.
Murid-murid tersebut :
Syafiqah Sofea binti Syazwan Hazimin -4S
Siti Nurmu'adzah binti Nahzamri - 5S
Dhia Althafunnisa binti Muhamad Muqharabbin - 6S
Medina Zehra binti Hasnal - 6S
Muhammad Amma bin Siful Adli - 6M
Mustqeem Shamil bin Mustaz - 5S
Ahmad Razin bin Azrul Azam - 5S
Tahniah Pasukan Memanah SKTM telah mendapat :
4 Emas 2 Perak 2 Gangsa
KESELURUHAN NO. 2 MSSD GOMBAK
29 Jun 2024 - Telah berlangsungnya Sukan Tahunan Kali ke 41/2024 bertempat di Kompleks Sukan Setiawangsa, Wangsa Maju.
Terima kasih dan penghargaan kepada PIBG GPK Guru-guru Ibu Bapa dan Murid-murid yang telah bertungkus lumus menjayakan Temasya Sukan Tahunan ke-41 2024.
Syabas dan tahniah kepada semua yang berjaya dan akan datang cuba lagi.
8 Jun 2024 - Telah berlangsungnya Temasya Sukaneka yang gilang-gemilang dalam sejarah SKTM. Terima kasih kepada pihak PIBG, Alumni, KISB Tahun 1,2,&3 dan semua yang terlibat menjayakan temasya sukaneka kali ini.
Kredit dan terima kasih kepada pemilik asal video - En Reza al-Fateh (Aeriel Photography)
Terima kasih dan Penghargaan kepada Alumni SKTM dan Puan Najla yang telah menyumbang 4 tong bahan buangan yang akan digunakan di Dewan dan Laluan ke kantin.
Moga Alumni SKTM terus menyokong dan membantu pihak sekolah.
GB
06.06.2024
Anugerah Permana Citra Gombak
SKTM menerima Anugerah Pencapaian Atlet Tertinggi MSSM 2023 dalam acara Anugerah Permana Citra Gombak yang berlangsung di SBPI Rawang pada 30.04.2024
GOTONG ROYONG PERDANA
ANJURAN PIHAK SEKOLAH DAN PIBG
Tahniah dan Penghargaan kepada Ustaz Jamiulkhair dan pasukan yang berjaya mendapat Silver Award bagi Kad Pintar BA.
Pengurusan Sekolah
Mural di dinding Makmal Siber Sekolah
Menampilkan elemen digital untuk menarik minat murid-murid berkaitan ICT.
SEBELUM
SELEPAS
Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Melayu dan Program NILAM SKTM 2024
Program telah dilancarkan pada 1.4.2024
Banyak aktiviti Bahasa Melayu dan NILAM disediakan sepanjang bulan April dan hadiah menarik menanti murid-murid.
Program Kebersihan Keceriaan Persekitaran Sekolah. Telah berlangsung sepanjang Februari dan Mac.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, Guru-guru Ibu Bapa dan Komuniti.
Penghargaan kepada ibu bapa murid-murid 6 dan 2 Karisma yang membantu memasang pelapik meja dan menceriakan kelas. Terima kasih.
TARIKH : 29 MAC 2024 bersamaan 18 RAMADAN 1445H
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TOH PUAN MAHANI
PENCERAMAH JEMPUTAN : AL-FADHIL USTAZ MOHD. HAIRIZAN BIN CHE LAH
TARIKH : 15 MAC 2024 / 04 RAMADAN 1445H
TEMPAT : LAMAN NURANI
DISEMPURNAKAN OLEH : ENCIK ABDUL MALEK BIN MOHAMED, GURU BESAR SK TAMAN MELAWATI
2023/24
Bersempena menyambut ulang tahun 40 tahun sekolah ini ditubuhkan, satu karnival riang-ria akan diadakan pada 25 November 2023 di SK Taman Melawati. Oleh itu, semua warga SKTM sekarang mahupun bekas-bekas murid dan guru di jemput untuk sama-sama memeriahkan sambutan ini.
03 Julai 2023 - Aktiviti PPDa yang akan diadakan adalah seperti berikut :
1. Melukis Doodle Antidadah (Individu) Tahun 4-6 (Guru Pembimbing : Cg. Rafaik)
2. Mereka cipta Creative Sticker@Whatsap Sticker (berkumpulan) Tahun 4-6 (Guru Pembimbing : Ust Azran)
3. Mencipta Puisi dan Lagu Antidadah (berkumpulan) Tahun 4-6 (Guru Pembimbing : Cg Zuhaila)
4. Buku Skrap Digital (berkumpulan) Tahun 4-6 (Guru Pembimbing : Ust J)
kepada murid yang berminat boleh berjumpa dengan guru pembimibing berkenaan untuk maklumat lanjut.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 15 JULAI 2023.
Sekian, terima kasih.
23 Jun 2023 - Aktiviti sukan Tamecs membuka tirai 2023 dengan Kejohanan Merentas Desa yang melibatkan hampir keseluruhan murid-murid tahun 4 hingga 6. Murid-murid yang berjaya menamatkan larian dapat menyumbang mata bagi rumah-rumah sukan maisng-masing.
06 Jun 2023 - Segala puji dan syukur ke hadrat Allah swt kerana pada hari ini Tamecs telah menerima kehadiran Guru Besar baru iaitu En Abdul Malek Bin Mohamed. Selamat datang dan selamat bertugas Tuan Abdul Malek!
LOKASI KAMI
Hak Cipta Terpelihara @2025
SK Taman Melawati, Jalan F13,Taman Melawati, 53100 Gombak, Selangor
Penafian : Penggunaan laman ini adalah di bawah tanggungjawab para pengguna masing-masing. SK Taman Melawati tidak bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul akibat salahguna dan kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna laman ini.