Selamat sejahtera dan salam Malaysia Madani, kita dipertemukakan bagi sesi persekolahan 2024/2025 untuk meneruskan visi, misi, tugas dan tanggungjawab kita sebagai pendidik sepertimana yang diamanahkan. Dengan ini, diharapkan para guru dan kakitangan SJKC SIN MIN dapat memanfaatkan dan merealisasikan peranan masing-masing dengan lebih berkesan dan konsisten ke arah pencapaian matlamat, visi dan misi sekolah serta KPM.
Setiap perancangan dan pengurusan sekolah yang disediakan diharapkan dapat menjadi paduan dan rujukan kepada guru-guru dan staf sokongan untuk merancang, melaksana dan menjayakan aktiviti dan program-program sekolah dengan lebih efisyen dari tahun-tahun sebelumnya. Sesungguhnya kejayaan tidak dapat diperoleh dengan mudah tanpa melakukan banyak program, inovasi dan pengorbanan.
Segala pengagihan tugas guru yang telah disediakan adalah berdasarkan data yang telah dianalisa. Oleh itu, keseimbangan dan pemberatan dalam agihan tugas adalah secara teratur dan terancang. Tugasan yang diberi ini merupakan satu perhargaan dan kepercayaan yang diamanahkan oleh pihak pentadbir.
Akhir sekali, diharapkan SJKC SIN MIN akan lebih cemerlang pada sesi 2024/2025 ini. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mempertingkatkan proses kerja dan kualiti hasil kerja agar dapat melahirkan anak-anak SJKC SIN MIN yang berpengetahuan, berfikir KBAT, ada kemahiran memimpin, kemahiran berbahasa, beretika dan
mempunyai identiti nasional.