Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana warga Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas sentiasa berganding bahu dalam menjayakan semua aktiviti dan program di bawah Unit Kokurikulum. Tujuan utama Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas ialah membina disiplin, keyakinan diri, daya kepimpinan, keaktifan dalam bidang sukan dan koakademik dalam kalangan murid. Unit Kokurikulum telah mencapai Key Performance Indicator (KPI) yang disasarkan oleh Unit Kokurikulum iaitu peningkatan peratus kehadiran murid sehingga 90% pada tahun 2024 bagi aktiviti kokurikulum.
Namun begitu, Unit Kokurikulum dengan komitmen rakan pentadbir dan guru-guru meletakkan harapan yang tinggi bagi mengekalkan peningkatan kehadiran murid ke aktiviti Kokurikulum ini. Seterusnya, meningkatkan pencapaian dan penglibatan murid dalam semua program yang dianjurkan di peringkat sekolah , daerah dan seterusnya. Di samping itu, aktiviti yang disarankan di bawah Unit Kokurikulum juga akan memberi ruang bagi membina hubungan silaturahim di antara murid dan guru serta guru dan guru.
EN. AMAN BIN MAMAT
PK KOKURIKULUM
PN. HJH. ROSLINA BT ABDULLAH
Setiausaha Kokurikulum
MATLAMAT KOKURIKULUM
Â
Membantu dalam pembentukan dan perkembangan sahsiah diri supaya murid dapat berfungsi sebagai individu yang mempunyai keseimbangan dari segi mental, emosi dan jasmaninya untuk menjadikan insan yang boleh berdikari, berpengetahuan, berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritis serta berjaya memupuk potensi dan kebolehan diri ke tahap yang maksimum dalam menyuburkan potensi diri mahupun kepimpinan demi merealisasikan cita-cita negara ke arah generasi yang cemerlang di masa hadapan.
HARAPAN SETIAUSAHA KOKURIKULUM
Aktiviti kokurikulum adalah apa-apa kegiatan yang dirancang selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kegiatan ini memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah. Di Malaysia, kokurikulum merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan kelab serta penyertaan dalam pasukan pakaian seragam. Penyelarasan kegiatan kokurikulum di sekolah menunjukkan bahawa ia mampu memberikan manfaat yang banyak kepada pelajar-pelajar. Oleh itu, mari kita rungkaikan faedah-faedah yang diperoleh daripada penyertaan aktiviti kokurikulum.