Media Sosial Rasmi Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah)
PERTANDINGAN PEMBACA BESTARI (TOKOH NILAM)
Peringkat Zon Selatan 1 telah dilaksanakan pada 30 Januari (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Pusat Sumber Tun Sri Lanang, SMK Kuala Perlis.
Sebanyak 7 buah sekolah dalam Zon Selatan 1 telah berentap untuk mewakili kategori masing-masing dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Tahniah diucapkan kepada dua orang murid yang telah mewakili sekolah ke pertandingan ini:
1) Pembaca Bestari Bahasa Melayu:
• Asma' binti Tajul Urus (5 As-Suyuti)
• Pencapaian: Naib Johan (Layak ke Peringkat Negeri Perlis).
• Hadiah: Sijil Pengiktirafan Naib Johan, Sijil Penyertaan, dan saguhati wang ringgit.
2) Pembaca Bestari Bahasa Inggeris
• Wan Nur Filzah Raihanah binti Wan Mohd Faisal (5 As-Suyuti)
• Pencapaian: Tempat Ke-4
• Hadiah: Sijil Penyertaan dan saguhati wang ringgit.
Syabas diucapkan kepada para pemenang! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain.
#BangsaMembacaBangsaBerjaya #SSTPJPNPs
KARNIVAL PENDIDIKAN EDUINOVASI JPN PERLIS - CIMA PERINGKAT NEGERI PERLIS 2025
JPN Perlis, 24 Januari 2026, Sabtu– Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah) berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan dalam Karnival Eduinovasi yang berlangsung di JPN hari ini dengan merangkul empat Anugerah Platinum.
Anugerah tersebut dimenangi menerusi kategori Reruai Terbaik (BBM BM), Poster Inovasi Terbaik oleh Cikgu Rashilah (BM) serta Ustazah Mawadah (LAM), dan kategori 3 Minutes Pitching oleh Cikgu Maliza (BM).
Selain kemenangan tersebut, sekolah turut menghantar penyertaan bagi pertandingan Poster Inovasi yang melibatkan guru-guru subjek Sains dan LAM, iaitu Cikgu Wan Suhaiza, Cikgu Azlina, Ustazah Nadzirah, Ustazah Norfahana dan Ustazah Ayu.
Bagi kategori Reruai BBM, Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris turut mengambil bahagian dengan penglibatan seramai 10 orang murid bagi membantu kelancaran sesi pameran di bawah seliaan Cikgu Kartika, Cikgu Maliza, Madam Mahani, Teacher Ismylyana dan Madam Anisah.
Dalam majlis yang sama, seramai lapan orang guru sekolah ini turut menerima Sijil Penghargaan sebagai penulis buku Tarian Pena Lakaran Rasa.
1. Cikgu Maliza
2. Cikgu Rashilah
3. Cikgu Kartika
4. Cikgu Amali
5. Cikgu Faiza
6. Cikgu Syuzaimi
7. Cikgu Asmeda
8. Ustazah Zuhaida
Pihak sekolah berharap agar pengiktirafan ini menjadi motivasi kepada seluruh warga Islahiyah untuk terus berusaha mencapai matlamat sekolah di masa hadapan.
#BudayaCemerlangAmalanKami #SetiapMuridAdaKelebihan #1Islahiyah1Matlamat
MAKLUMAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
Minggu Ketiga: 26-30 Januari 2026
1. Ustaz Ahmad Fazrul bin Osman
2. Ustazah Mawaddah Karimah binti Azman
3. Cikgu Ana Humairah binti Mahmud
#BudayaCemerlangAmalanKami #1Islahiyah1Matlamat
AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM
Selamat datang buat semua calon STAM 2026. Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan, membangun generasi ulama'.
#BudayaCemerlangAmalanKami #1Islahiyah1Matlamat
MAKLUMAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
Minggu Kedua: 19-23 Januari 2026
1. Ustaz Ahmad Fadzli bin Mohd Akaib
2. Ustazah Normasera binti Ahmad Khairundin
3. Cikgu Cik Ajiayatun Najmee binti Che Ajib
#BudayaCemerlangAmalanKami #1Islahiyah1Matlamat
JOM SERTAI SOUTUL ISLAH!
Sesi Ujibakat Kumpulan Nasyid Sekolah kini kembali! Kami mencari pelapis berbakat yang berpotensi besar dalam seni muzik Islamik.
Adakah anda orang yang kami cari? Datang dan tunjukkan bakat anda!
* Sediakan lagu pilihan anda untuk sesi ujibakat
* Kami mencari vokalis dan perkusionis
* Terbuka untuk semua murid lelaki tingkatan 1-5.
"Soutul Islah, Bangun Mencipta Qudwah"
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI
SEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (MENENGAH)
FUN LEARNING
Senamrobik
Taklimat KBD Tingkatan 4
Pembahagian unit-unit kokurikulum tingkatan 1
#BudayaCemerlangAmalanKami #1Islahiyah1Matlamat
PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
Dewan Dato' Dr Haron Din, 12 Januari 2026 - Perhimpunan rasmi bagi minggu pertama persekolahan 2026 telah berlangsung, dimulakan dengan ucapan daripada Barisan Penolong Kanan dan diakhiri dengan Amanat Pengetua yang disampaikan oleh Ustaz Zulkifly bin Rahmat.
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Ustazah Mardziyah binti Abd Rahim (School Support Buddy – SSB), Encik Mohd Rizal bin Arsyad (Nazir Kanan, Jemaah Nazir Perlis), serta SM Mohd Azizan bin Ismail daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard.
Dalam amanatnya, Pengetua menekankan pembentukan murid sebagai insan soleh dan musleh, sentiasa bersedia menuntut ilmu, memiliki azam, impian dan sasaran yang jelas serta fokus dalam mencapai kejayaan. Murid turut diseru agar mengamalkan ilmu yang dipelajari, menjaga adab dan akhlak, serta menjadi individu yang bermanfaat kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.
Perhimpunan diakhiri dengan Hadis Hari Ini bertemakan Keutamaan Niat, merujuk kepada hadis pertama dalam Hadis 40 Imam Nawawi, sebagai peringatan agar setiap kerja buat dilakukan dengan niat yang ikhlas.
#BudayaCemerlangAmalanKami #1Islahiyah1Matlamat
JADUAL PROGRAM MINGGU TAARUF TINGKATAN 1 2026
13 JANUARI 2026
MAKLUMAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
Minggu Pertama: 12-16 Januari 2026
1. Cikgu Norhidayaturahmah binti Ayub
2. Cikgu Abdul Hafiz bin Samsudin
3. Ustaz Rosman bin Haris
#BudayaCemerlangAmalanKami #1Islahiyah1Matlamat
AHLAN WASAHLAN DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Semoga tekad dan azam baharu membawa kita untuk terus berusaha menjadi semakin cemerlang, melangkah dengan maju, memperkukuh iltizam dan mempertingkatkan kesungguhan.
Di samping anak-anak menghayati pesanan indah Al-Imām as-Syāfi'e رحمه الله dalam syairnya yang berbunyi:
أخي لَن تَنالَ العِلمَ إِلَّا بِسِتَّةِ # سأنبيكَ عَن تَفصيلها بِبَيانِ
ذكاء وحرصٌ وَاجْتِهادٌ وَبُلَغَةٌ # وَصُحبَةُ أستاذ وَطُولُ زَمَانِ¹
Wahai saudaraku, ketahuilah olehmu, tiada tergapai puncak ilmu melainkan dengan enam jalan yang satu. Maka dengarlah akan khabarku, akan kuperinci dengan bicara yang nyata lagi tentu.
1. Kecerdasan;
2. Keazaman;
3. Kesungguhan;
4. Bekalan keperluan;
5. Berdampingan dengan guru;
6. Masa yang panjang.
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT MURID ASRAMA TINGKATAN 1-5 SEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (MENENGAH) 2026
11 Januari 2026, Ahad, Musolla Muhammad Al-Fateh Asrama Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah) -
Hari pendaftaran asrama dimulakan dengan langkah pertama para murid menjejakkan kaki ke alam berasrama, disambut kehadiran ibu bapa dalam suasana yang tenang dan teratur.
Taklimat oleh Ustaz Mohd Azahari bin Othman (PK HEM) serta ucapan Ustaz Zulkifly bin Rahmat (Pengetua), urusan pendaftaran serta bayaran yuran makan berjalan seiring dengan detik kebersamaan ibu bapa dan anak.
Selamat menjalani kehidupan dan rutin baharu di asrama.
TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2026
Ahlan wasahlan semua, selamat menjadi sebahagian daripada keluarga Al-Islahiyah.
AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM
Ustaz Zulkifly bin Rahmat (Pengetua)
Ustazah Maizaton Haniza binti Mansor (Guru Kanan KBD)
Teacher Noreffarizan binti Ahmad Azam (Guru Bahasa Inggeris)
Islahiyah menanti penuh harapan,
Kehadiran mudir menyuluh cahaya,
Besarnya hati menyambut tuan,
Memimpin kami ke puncak jaya.
Kami warga sekolah mengalukan kedatangan Tuan Pengetua dan para guru. Selamat berkhidmat dan menjadi sebahagian daripada keluarga Al-Islahiyah.
#BudayaCemerlangAmalanKami #1Islahiyah1Matlamat
SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH
Penghargaan dan jutaan terima kasih Ustazah Sharipah Aishah binti Sh. Ramlee atas sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang permukiman di bumi Al-Islahiyah (2009-2025).
Untuk makluman, Ustazah Sharipah Aishah akan meneruskan khidmat bakti beliau ke Sma Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah - Rasmi. Semoga segala urusan dipermudahkan dan Ustazah sentiasa cemerlang.
Terima kasih dan selamat maju jaya Ustazah.
Hendak bertamu ke negeri seberang,
Hendak bersahur di hujung tanjung,
Segala jasamu tidak terkarang,
Budimu yg luhur kekal disanjung.
#BudayaCemerlangAmalanKami #1Islahiyah1Matlamat
PENGHARGAAN DAN TAHNIAH
29 Disember 2025; Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Nurul Izzah Akmal binti Basri (SPM 2024) atas kejayaan melanjutkan pengajian dalam Bidang Pengajian Islam di Universiti Emir Abdul Kader Al-Jazairi, Algeria dengan tajaan Yayasan Terengganu.
Majlis pelepasan ini menandakan satu lagi detik bermakna buat warga sekolah apabila seorang alumni melangkah ke pentas antarabangsa bagi menuntut ilmu, sekali gus membawa amanah sebagai duta ilmu dan agama.
Semoga Nurul Izzah Akmal terus istiqamah dalam menuntut ilmu, memanfaatkan peluang yang ada sebaiknya serta kembali kelak sebagai insan berilmu yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Doa dan restu seluruh warga sekolah mengiringi perjalanan ini. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.
#JKTimurTengahIslahiyah #1Islahiyah1Matlamat
PROGRAM PASCA UASA 2025
INFO LITS PSS / PROGRAM STEM & RBT
15 HINGGA 17 DISEMBER 2025
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM
Sila klik link di bawah:
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM
Sila klik link di bawah:
KARNIVAL SRIKANDI HEBAT
3 DISEMBER 2025 HINGGA 5 DISEMBER 2025
PENGHARGAAN DAN TAHNIAH
27 September 2025; anakanda Munaizzah binti Othman telah berlepas bagi melanjutkan pengajian dalam Bidang Dirasat Islamiah di Universiti Yarmouk.
Beliau selamat tiba di destinasi pengajian pada 28 September 2025 dan kini telah memulakan lembaran baharu sebagai pelajar di institusi tersebut. Pencapaian ini mencerminkan kesungguhan serta usaha berterusan beliau dalam menuntut ilmu sepanjang tempoh persekolahan.
Perjalanan akademik ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh penguasaan ilmu pengajian Islam, sekali gus membentuk jati diri sebagai insan berilmu yang mampu menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara.
Seluruh warga sekolah menzahirkan rasa bangga serta mendoakan agar Munaizzah binti Othman sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di perantauan.
#JKTimurTengahIslahiyah #1Islahiyah1Matlamat
BENGKEL AI, AR DAN IOT
SSPN, PERLIS DENGAN KERJASAMA UITM PERLIS
16 JUN-20 JUN 2025
Projek Inovasi Bahan Bantu Mengajar (BBM) Sempena Festival Inovasi, Keusahawanan & Aspirasi Kerjaya (FESTIKA 2025)
TAHNIAH: SEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (MENENGAH) MEMPEROLEHI PENARAFAN PERAK
PROGRAM 3R KITAR SEMULA ISLAHIYAH 2025
17 JUN 2025
NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERLIS 2025
Murid-murid yang terpilih layak ke NKISS Peringkat Kebangsaan di Kelantan:
1. Muhammad Faiz Hakimi
2. Nur Nasyatilla
3. Wan Nur Filzah Raihanah
Anugerah Khas
(Buku Log Terbaik)
- Muhammad Irsyad
PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA (PRISMA) PERINGKAT NEGERI PERLIS 2025
12 JUN 2025
MEMENANGI TEMPAT KETIGA
TAHNIAH DIUCAPKAN.
KORBAN PERDANA & KENDURI AIDILADHA / 2025
Tarikh: 10 Jun 2025 | Isnin
Unit Hem dengan kerjasama SLT & MLT telah melaksanakan program Korban Perdana & kenduri Aidiladha peringkat sekolah.
Moga program seperti ini dapat meningkatkan pengertian & penghayatan tentang erti pengorbanan dalam meraih reda Allah agar beroleh keberkatan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
AIDILADHA: JIWA YANG TUNDUK, HATI YANG IKHLAS
Hari Raya Aidiladha terkandung padanya banyak ibrah (pengajaran) yang sangat bermakna untuk umat Islam. Ia bukan sekadar sambutan biasa, tetapi memperingati peristiwa agung pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. Antara ibrah yang boleh diambil:
1. Nilai Pengorbanan
• Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya yang amat disayangi kerana taat pada perintah Allah.
• Nabi Ismail pula reda dan patuh kepada kehendak Allah tanpa bersoal.
• Perkara ini mengajar kita kesanggupan berkorban demi agama, sama ada dari segi harta, masa, tenaga atau kehendak diri.
2. Kepatuhan Mutlak kepada Allah
• Ibrah utama ialah ketaatan mutlak kepada Allah SWT, walau perintah itu berat atau tidak difahami. Dalam kehidupan, kita diajar untuk menundukkan hawa nafsu dan logik akal kepada wahyu.
3. Keikhlasan dalam Beribadah
• Nabi Ibrahim tidak melaksanakan pengorbanan kerana ingin pujian, tetapi kerana ikhlas semata-mata kerana Allah.
• Pengorbanan yang ikhlas akan diterima, walaupun dari segi zahir ia tampak kecil.
4. Tanggungjawab Kepimpinan dan Kekeluargaan
• Seorang bapa (Nabi Ibrahim) menunjukkan contoh memimpin keluarga dengan taqwa dan iman.
• Anak (Nabi Ismail) pula menunjukkan ketaatan kepada ibu bapa dan kepada Allah, satu teladan akhlak dalam institusi keluarga.
5. Pentingnya Sabar dan Reda
• Kedua-dua Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menunjukkan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian Allah.
• Kita diajar untuk bersabar dalam kesusahan dan reda atas ketentuan Allah.
6. Kesatuan Umat Islam
• Ibadah korban dilakukan di seluruh dunia, tanpa mengira bangsa dan sempadan.
• Ini menggambarkan kesatuan hati dan tujuan umat Islam menuju reda Allah dan menegakkan syiar-Nya.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, semoga ibadah korban kita diterima Allah. Ayuh, bersama kita garapkan nilai-nilai ini dalam kehidupan seharian.
LASBELA 2025
Perlis - KL - Melaka - USIM Putrajaya
Tarikh: 31 Mei - 3 Jun 2025
Unit Hem dengan kerjasama Unit Pengurusan Asrama & UBK telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar (LASBELA 2025) bagi calon-calon SPM / 2025.
Objektif:
Memberi pendedahan kepada murid tentang cabaran dunia sebenar, merancang hala tuju selepas SPM & memberi pengalaman bermakna untuk murid hidup berdikari.
Semoga program ini memberi manfaat buat murid-murid tingkatan 5/2025.
INTEGRITI DIUTAMAKAN MELANGKAH KE ARAH NEGARA MAJU
KEM PERKAMPUNGAN ISLAH 5
28 MEI - 30 MEI 2025
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (MENENGAH)
IKRAR BELIA NEGARA
15 MEI 2025
MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN
MAJLIS PENUTUP IHTIFAL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA MALAYSIA (MIISMAM) PERINGKAT NEGERI PERLIS 2025
14 Mei 2024 - Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah) berjaya merangkul 7 johan 5 naib johan, 2 tempat ketiga dan 2 anugerah khas daripada pelbagai acara sekaligus mengekalkan pencapaian juara keseluruhan MIISMAM untuk tiga edisi berturut-turut iaitu 2023, 2024 dan 2025.
Penghargaan dan terima kasih buat ibu bapa, para waris, pentadbir sekolah, semua guru pembimbing, jurulatih dan anak-anak Al-Islahiyah atas kesungguhan dan komitmen sepanjang sesi latihan bagi memastikan pencapaian terbaik diperolehi dalam MIISMAM 2025. Sesungguhnya semuanya dengan izin yang esa.
Selamat meneruskan perjuangan buat semua peserta yang akan mewakili negeri Perlis ke MIISMAM peringkat kebangsaan 20-22 Jun nanti di Perak. Tanamkan azam dan tekad untuk buktikan yang terbaik di sana. Semoga berjaya!
"Al-Islahiyah, Road to Kebangsaan!"
Kejohanan Sukan Olahraga Peringkat Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah)
8 Mei 2025 - Telah berlangsung Kejohanan Sukan Olahraga Peringkat Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah) 2025 dengan menyaksikan Usrah Abu Bakar dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Olahraga tersebut dengan pungutan markah sebanyak 939 mata. Keputusan penuh adalah seperti berikut :
• Abu Bakar - 939
• Umar - 764
• Uthman - 736
• Ali - 721
Olahrawagan bagi kejohanan olahraga tersebut dianugerahkan kepada dua atlet Usrah Abu Bakar iaitu Saudara Muhammad Zakwan Aqil bin Mohd Khairil (3 Bukhari) dan Saudari Siti Fatimah binti Hasrul (5 As Suyuti). Kedua-dua mereka cemerlang dengan pungutan 3 pingat emas bagi setiap acara yang disertai dan mencatatkan rekod baharu bagi acara 400 m Lelaki.
Anugerah Khas Perbarisan Terbaik turut disandang oleh Usrah Abu Bakar yang memperagakan kostum Burung Tiong Emas bersama hiasan perbarisan rumah sukan yang pelbagai dengan tema mereka "Tiong Mas, Jiwa Juara" dan slogan kata "Menang Kami Bangga, Kalah Kami Setia, Selamanya Abu Bakar"
Kejayaan tersebut sekaligus melonjakkan Usrah Abu Bakar sebagai Juara Keseluruhan Sukan Tahunan Sekolah Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah) 2025 dengan keputusan rasmi seperti berikut :
• Abu Bakar - 1823
• Umar - 1619
• Uthman - 1512
• Ali - 1319
Juara Keseluruhan Sukan Sekolah adalah hasil jumlah pungutan mata yang diperoleh dalam tiga kejohanan sukan iaitu merentas desa, sukantara dan kejohanan olahraga.
Penghargaan dan tahniah buat pengurusan kokurikulum sekolah, semua guru penasihat dan peserta yang telah menunjukkan semangat juang serta kesukanan yang sangat tinggi. Semoga sukan sekolah 2026 akan bertambah meriah.
PROGRAM 'FROM ZERO TO HERO'
2 MEI 2025
KEPUTUSAN MAHRAJAN PROGRAM PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (MPPADNI) SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ZON SELATAN 2025
Tilawah Al-Quran Lelaki :
Tempat Kedua - Adib Amsyar Bin Shamsul Azhar
Tilawah Al-Quran Perempuan :
Tempat Kelima: Auni Faqehah Binti Asrul Ikram
Hafazan Lelaki :
Tempat Kedua - Tarif Malik Bin Rezqa
Hafazan Perempuan :
Tempat Ketiga - Iz’aan ‘Aliyah Binti Agus
Mimbar Daie Lelaki :
Tempat Keempat - Muhammad Irsyad Bin Jasmi
Mimbar Daie Perempuan :
Tempat Keempat - ‘Aisyah Humaira Binti Ya’akub
Khat Lelaki : Tempat Kedua - Muhammad Hafiz Bin Faizal
Khat Perempuan : Tempat Kedua - Nur Syafiah Afifah Binti Rofizi
Nasyid :
Tempat Ketiga - Soutul Islah
Tahniah semua guru penasihat, guru pembimbing, jurulatih dan para peserta. Tingkatkan usaha, semoga berjaya di peringkat negeri.
MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2024
Alhamdulillah, sekalung tahniah buat semua guru dan murid atas usaha yang menyumbang kepada pencapaian membanggakan bagi keputusan peperiksaan SPM 2024.
TAHNIAH!
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN MURID | BADAN KEPIMPINAN PENGAWAS
CERAMAH NUZUL QURAN
Ustaz Mohd Raffidzi bin Zainol Abidin
Tarikh : 17 Mac 2025 (Isnin)
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Dewan Dato' Dr Haron Din
JOM IFTAR JAMAIE DI ASRAMA
16 Mac 2025 | Ahad
Kawasan Asrama Putera
KERJASAMA BERSAMA UniMAPs, UniSIRAJ, UITM DAN UPSI 4 MAC 2025
Beberapa orang pensyarah daripada beberapa universiti (UniMAP, UPSI, UiTM) telah memilih SA Al-Islahiyah sebagai sekolah untuk mereka jalankan kutipan data bagi kajian mereka. Dalam menjayakan kajian "Bridging Educational Gaps: A Study on the Implementation and Awareness of E-Learning among Asnaf in Perlis". Terima kasih kerana memilih sekolah kami untuk menjalinkan kerjasama tersebut.
Kajian ini bertujuan untuk memahami kesedaran dan pelaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar Asnaf di Perlis.
SAMPUL DUIT RAYA
Jom dapatkan sampul duit raya edisi khas dari Kelab Staf Sekolah (KSS), Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah).
1 pack - RM3
4 pack - RM10
Kepada yang berminat boleh hubungi :
https://wa.me/60194337011?text=sampulduitraya
(Ustazah Intan)
https://wa.me/60135909781?text=sampulduitraya
(Cikgu Wan Suhaiza)
"Ramadan Dinanti, Syawal Dirai"
PROGRAM 'KACAU BOQ LAMBOK' AL-ISLAHIYAH
Turut hadir membantu anak-anak alumni Al-Islahiyah. Tahniah, terima kasih!
26.2.2025 | Rabu
LIPUTAN SUASANA KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (MENENGAH) 2025
LATIHAN MERENTAS DESA KALI PERTAMA 2025
24.2.2025 | Isnin
PROGRAM ORIENTASI ASRAMA - 22 FEBRUARI 2025
KURSUS ETIKET DAN PROTOKOL
22 FEBRUARI
ISTIQBAL RAMADAN - 21 FEBRUARI 2025
STEM CHALLENGE DAN JARINGAN MINDA X CHALLENGE - 20 FEBRUARI 2025
LATIHAN UNIT BERUNIFORM
DARAH SATRIA - 19 FEBRUARI 2025
BADAN SIHAT, OTAK CERDAS
18 FEBRUARI 2025
SAMBUTAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
PROGRAM GURU PENYAYANG - 17 FEBRUARI 2025