Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM

Setelah diumumkan bahawa anak-anak akan memulakan semester baharu pada 20 Januari 2021, ibu ayah ada yang risau kerana semua kawasan ditetapkan untuk mengadakan pembelajaran online dari rumah oleh kerana risiko kes yang semakin meningkat.

Untuk mengelakkan anak-anak kita ketinggalan, ibu ayah boleh memanfaatkan buku teks digital dalam tempoh PKP nanti.

Ianya percuma dan semua subjek ada! Jadi, senanglah kalau ibu ayah nak ajar anak di rumah dan rujuk silibus mereka untuk tahun ni walaupun ada yang tak boleh nak ke sekolah untuk ambil buku teks.

Di sini kami kongsikan beberapa cara download buku teks digital oleh KPM secara online.


Cara Download Buku Teks Digital KPM (Semua Subjek Sekolah Rendah & Menengah)

Cara 1: Melalui eTextbookKPM

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi ‘KPM eTextbook Reader’ bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital.

KPM eTextbook Reader membantu murid memuat turun buku teks digital melalui penyediaan piawaian fail EPUB iaitu format fail standard terbuka untuk buku digital yang lebih ringan dan serasi dengan peranti mudah alih.

Aplikasi ini boleh didapati secara percuma melalui laman web www.textbook.moe.gov.my atau dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store dengan carian KPM eTextbook Reader.


CARA 2: Melalui Laman Web DELIMa KPM

DELIMa adalah laman web rasmi yang dioperasikan oleh KPM.

Ibu ayah boleh mendapatkan Buku Teks Digital Asas (BTDA) melalui laman web ini.

Apakah DELIMa?

DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.

DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga murid untuk belajar secara dalam talian.

Sepertimana MOE Digital Learning (Google Classroom), DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini. Oleh itu, guru dan murid boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini.

Contoh: m-12345678@moe-dl.edu.my

Langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke laman web www.moe-dl.edu.my

  2. Sila login menggunakan akaun Google yang dibekalkan oleh sekolah. (Contoh: m-12345678@moe-dl.edu.my)

  3. Klik pada Ikon MURID

  4. Klik Buku Teks Digital

  5. Pilih Subjek Buku Teks yang kita nak.

  6. Boleh preview atau download sebagai fail PDF.

Double click pada pilihan buku teks yang kita nak dalam senarai tu..

Nanti bolehlah kita terus baca buku teks tu di skrin komputer / laptop atau handphone.

Boleh tekan butang download kalau nak simpan terus buku teks digital ini dalam handphone atau laptop.

Mudah kan?

Selamat mencuba!


Cara Download Buku Teks Sekolah Rendah Tahun 1-6

Untuk sekolah rendah, boleh klik link ini. https://drive.google.com/file/d/1WjJIeZFZss9jkNP_kp9BocOEXmwt4Tky/view?fbclid=IwAR1jcRTwDx-FEeUovmlsn48xwNTsgvJFrrNv9BjMei6jol-qE5921lFBL5Y


Langkah seperti dibawah:

  • Klik link Google Drive dan anda akan dapat capaian seperti ini.

  • Ada untuk sekolah menengah juga. Pilih mengikut tahun anak anda.

  • Ada untuk Pendidikan Khas, SJK Tamil, SJK Cina dan SK

  • Boleh download serta save. Nak print lagi mudah.

  • Selesai!


CARA 4: Mobile Apps Buku Teks Digital

Kami juga ada jumpa 2 aplikasi mobile (Mobile Apps) buku teks digital KPM yang menarik dan sangat lengkap, ringan (tak beratkan handphone), serta amat mudah diakses oleh pengguna, iaitu:

  • MyKSSM – Buku Teks Digital untuk Sekolah Menengah

  • UPSR KSSR – Buku Teks Digital untuk Sekolah Rendah


Boleh download di Google Playstore secara percuma.

Semoga bermanfaat!