Assalamualaikum wbth..
Salam sejahtera
Syukur alhamdulillah, dengan izin-Nya, kita berjaya membangunkan portal Pusat Sumber Bustanul 'Arifin Maktab Mahmud Pokok Sena ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam merealisasikan usaha ini, khususnya kepada para guru, staf sokongan, serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan penuh.
Portal ini diwujudkan bagi memperkayakan pengalaman pembelajaran warga sekolah dengan menyediakan akses mudah kepada pelbagai bahan bacaan dan rujukan yang bermanfaat. Adalah diharapkan agar semua murid, guru, serta warga sekolah memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan melalui portal ini.
Marilah kita bersama-sama memupuk budaya membaca dan menimba ilmu tanpa batasan. Semoga portal ini menjadi platform yang berkesan dalam memperkukuhkan amalan membaca serta meningkatkan pencapaian akademik sekolah kita.
Sekian, terima kasih.
Nawal binti Nawawi.,BCK.
Pengetua
Maktab Mahmud Pokok Sena
MAKTAB MAHMUD POKOK SENA
Nawal binti Nawawi.,BCK.
1. Pusat Sumber sekolah akan beroperasi pada waktu rehat dan peminjaman buku boleh dibuat pada waktu rehat.
2. Murid-murid yang belum mempunyai kad pinjaman boleh membuat permohonan di kaunter pinjaman buku.
PROGRAM MEMBACA
SURAT KHABAR ONLINE
Hubungi Kami
MAKTAB MAHMUD POKOK SENA
06500 LANGGAR, KEDAH
KFT2004
Tel/ Fax: +6047870624
Disediakan oleh:
Ust. Masyitoh binti Yaacob (GPM MMPS)
Bilangan pelayar