Pusat Sumber Digital Seri Hikmah adalah sebuah platform pusat sumber sekolah atas talian yang diwujudkan sebagai cara meneruskan usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada anda.
Pusat Sumber Digital Seri Hikmah adalah sebuah platform pusat sumber sekolah atas talian yang diwujudkan sebagai cara meneruskan usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada anda.
Pusat Sumber Seri Hikmah SK Cheng adalah sebuah pusat maklumat untuk semua warganya yang terletak di Tingkat 1, Blok B. Ia diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media iaitu Puan Nuradilah binti Sharifudin dengan dibantu oleh Jawatankuasa Pusat Sumber, panitia-panitia, dan pengawas pusat sumber.
Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat
Pusat Sumber Sekolah ke arah Kecemerlangan Budaya Ilmu
Minggu Pusat Sumber Sekolah 2025 akan diadakan pada 14-18 April 2025.
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan. Jadi, marilah kita sama-sama memeriahkan lagi program tersebut!
Program ini telah dilancarkan pada 13 Mei 2024. Program ini diadakan bertujuan untuk menambah lagi koleksi buku di Pusat Sumber Sekolah dan juga untuk mewujudkan Books-On-The-Go bagi menggalakkan lagi budaya membaca di kalangan warga SK Cheng.
Program ini masih diteruskan sepanjang tahun dengan meletakkan kotak sumbangan buku di pagar sekolah setiap hari.
Sekiranya anda ingin menyumbangkan buku kepada PSS Seri Hikmah, anda boleh terus berhubung dengan Puan Nuradilah Sharifudin. Sumbangan anda amatlah kami alu-alukan.
Bersempena bulan Kemerdekaan pada tahun ini, Pusat Sumber Seri Hikmah akan mengadakan Pertandingan Reka Bentuk Infografik Merdeka pada 28 Ogos 2024.
Pendaftaran dibuka sehingga 23 Ogos 2024. Murid-murid Tahap 2 yang berminat boleh menghantar nama pada Pn Nuradilah mengisi Google Form berikut: https://forms.gle/9cvQ39eyxyrVsAcEA