Selamat Datang ke Google Site Perpustakaan Sam Muhammadiah Pekan Sabak
Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat mengumpul, menyimpan dan menyalurkan sumber maklumat kepada warga sekolah. Pusat Sumber Sekolah akan sentiasa berusaha meningkatkan taraf Pusat Sumber seiring dengan matlamat Wawasan Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ke arah pembudayaan penggunaan media dan membaca yang berkesan
Menggunakan dan mempertingkatkan amalan teknologi pendidikan secara kreatif dan inovatif
Pusat Sumber Sekolah Ke Arah Kecemerlangan Budaya Ilmu “Membaca Budaya Mulia”
Mempertingkatkan mutu pendidikan SAM Muhammadiah Pekan Sabak.
Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan bersidplin.
Membentuk murid yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin.
Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
Menggalakkan para pelajar dan guru-guru menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber.
Meningkatkan profesionalisme guru.
Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
Mewujudkan budaya membaca.
Melahirkan masyarakat sekolah yang berilmu pengetahuan.
Beriltizam membina emosi murid agar beretika, bertanggungjawab dan berwawasan.
Menyediakan persekitaran yang bersih dan kondusif serta selamat.
Mencapai matlamat dan objektif Pusat Sumber dalam p&p.
Menyediakan pelbagai kemudahan untuk mencapai objektif p&p.