P
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mula di buka pada tahun 2014 di SMK Putrajaya Presint 18(1) bermula dengan Program Masalah Pembelajaran pada ketika itu. PPKI mendapat sambutan dan mengorak langkah menambah murid-murid berkeperluan khas yang mempunyai pelbagai latar belakang keupayaan.
Kini PPKI mempunyai 4 program di bawah naungannya iaitu Pendidikan Inklusif (Penuh & Separa), Program Kurang Upaya Pendengaran,Program Kurang Upaya Penglihatan & Program Masalah Pembelajaran. Dengan kekuatan seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas, 15 orang guru dan 3 orang PPM, PPKI kini mampu menangani 46 orang murid berkeperluan khas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keupayaan termasuk kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, masalah pembelajaran dan kurang upaya fizikal serta kurang upaya pelbagai.
Murid berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) diberi peluang untuk memilih aliran pembelajaran berdasarkan keupayaan dan pencapaian mereka iaitu :
KATEGORI MURID BERKEPERLUAN KHAS DI SMK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)
KURANG UPAYA PENDENGARAN
KURANG UPAYA PENGLIHATAN
MASALAH PEMBELAJARAN
Lainlain seperti:
KURANG UPAYA PELBAGAI
KURANG UPAYA FIZIKAL