Latar Belakang

Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) merupakan satu daripada pernyataan dalam inisiatif hala tuju pendidikan bahasa Melayu yang terkandung dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025.  PIKeBM ini merujuk kepada strategi ke-5 di dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025, iaitu memperkukuh bahasa Melayu melalui kokurikulum.

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) PIKeBM

Peratus peningkatan murid yang mencapai kepujian Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Objektif PIKeBM

Kemajuan dan Pencapaian (Milestones) PIKeBM

Perkampungan Bahasa BITARA Sekolah Menengah kepada murid tingkatan 5. Pelaksanaan perkampungan ini adalah sebagai satu mekanisme untuk membantu meingkatkan peningkatan kemahiran lisan bahasa Melayu SPM. Pelaksanaan ini adalah sejajar dengan strategi ke-10 Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu  (PHTPBM), iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu Melalui Kokurikulum.

Perkampungan Bahasa BITARA Sekolah Menengah

BILA?

Dilaksanakan semasa SETIAP perjumpaan aktiviti kokurikulum.
1. Pasukan Badan Beruniform
2. Sukan dan permainan
3. Kelab dan persatuan

BAGAIMANA?

KAEDAH

Dilaksanakan dalam 3 peringkat yang telah diperincikan di dalam Modul PIKeBM.
1. Pra Kokurikulum
2. Kokurikulum
3. Pasca Kokurikulum

DASAR

Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)

SPI BILANGAN 1 TAHUN 2021 Pelaksanaan Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2021.pdf

KEWANGAN

Peruntukan daripada Program Inisiatif #108: Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu.

SOSIAL