PENDAHULUAN
Pertandingan Poster Digital ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di bawah inisiatif Kelab Pencegahan Jenayah. Tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang penggunaan teknologi maklumat dan kreativiti murid khususnya dalam penyuntingan grafik. Melalui pertandingan ini, murid akan menghasilkan poster dengan menggunakan perisian computer di mana secara tidak langsung memberikan pendedahan dan kefahaman tentang kepentingan Teknologi Maklumat dan Multimedia sebagai satu Kemahiran yang sangat berguna dalam menyelesaikan kerja-kerja harian mahupun sebagai peluang kerjaya pada masa akan datang.