Arahan: Berikut adalah senarai aktiviti berkumpulan bagi setiap sesi interaksi dua jam. Jalankan undian bagi pemilihan tajuk perbincangan pada setiap kali sesi dijalankan.
Prasyarat: Pembelajaran Bermakna 1 (e-pembelajaran)
Arahan: Buat pembentangan bagi menjawab persoalan berikut:
Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat yang bertamadun ditakrifkan sebagai masyarakat yang memuliakan golongan lemah?
Pada pandangan anda, apakah risiko jangka panjang terhadap murid dan masyarakat sekiranya prinsip inklusiviti dalam Pendidikan Islam hanya difahami secara teori tetapi tidak dilaksanakan dalam amalan sebenar?
Bagaimanakah nilai rahmah dan keadilan dalam Islam boleh diterjemahkan secara praktikal dalam pengurusan kelas yang melibatkan murid berkeperluan khas?
Sebagai guru Pendidikan Islam, bagaimana anda boleh mengimbangi keperluan murid arus perdana dan murid berkeperluan khas tanpa menjejaskan keadilan pembelajaran dalam bilik darjah inklusif?
Sebagai AJK masjid, cadangkan satu tindakan konkrit untuk merealisasikan prinsip inklusiviti dalam masyarakat.
Jika anda merupakan pentadbir sekolah, apakah satu dasar atau inisiatif sekolah yang boleh diperkenalkan untuk memperkukuh pelaksanaan Pendidikan Islam inklusif secara berterusan?
Prasyarat: Pembelajaran Bermakna 2 (e-pembelajaran)
Arahan: Buat pembentangan bagi menjawab persoalan berikut:
1. Huraikan Falsafah Pendidikan Khas dan Dasar Sifar Penolakan (Zero Reject Policy) 2019.
2. Terangkan Strategi Incheon (2013-2022) dengan sasaran "Make Rights Real" untuk OKU di Asia Pasifik.
3. Jelaskan kandungan Akta Pendidikan 1996 (Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 2013).
4. Buat perbandingan antara Pendidikan Inklusif (PPI) dan Program Pendidikan Khas (PPK).
5. Ceritakan sejarah evolusi Pendidikan Khas dari segrasi ke integrasi hinggalah ke inklusif.
6. Laporkan kejayaan sasaran 75% MBK dalam PPI menjelang 2025 yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).
Prasyarat: Pembelajaran Bermakna 2 (e-pembelajaran)
Arahan: Dalam kumpulan, lukis Venn Diagram yang memaparkan perbezaan antara kategori berbeza; Pemulihan, Pendidikan Khas / Inklusif dan Pertindihan (jika relevan) beserta justifikasi bagi pengkategorian anda berdasarkan senario berikut:
Murid A: Ali (Darjah 2) belum pandai membaca kerana sering tidak hadir sekolah. Murid B: Bala (Darjah 2) belum pandai membaca kerana mempunyai ciri Disleksia (masalah memproses huruf). Persoalan - Siapa masuk Pemulihan? Siapa masuk Pendidikan Khas/Inklusif? Jelaskan kenapa intervensi mereka berbeza walaupun masalahnya sama (tak pandai membaca).
Murid C: Aisyah (Darjah 3) – Tulisan sangat tidak kemas kerana tidak dibimbing di rumah dan jarang membuat latihan. Murid D: Daniel (Darjah 3) – Tulisan sangat tidak kemas kerana mempunyai masalah motor halus (dyspraxia ringan). Persoalan - Siapa sesuai untuk Pemulihan? Siapa memerlukan Pendidikan Khas / Inklusif? Apakah risiko jika kedua-duanya diberi intervensi yang sama?
Murid E: Farhan (Darjah 4) – Tidak fokus kerana sering bermain telefon sehingga lewat malam. Murid F: Faiz (Darjah 4) – Tidak fokus kerana mempunyai ciri ADHD (kesukaran mengekalkan perhatian). Persoalan - Adakah kedua-duanya “masalah disiplin”? Apakah bentuk sokongan yang berbeza diperlukan? Apakah kesan jika Faiz hanya diberi hukuman disiplin?
Murid G: Hani (Darjah 2) – Lemah matematik kerana sering berpindah sekolah dan ketinggalan silibus. Murid H: Hafiz (Darjah 2) – Lemah matematik kerana mempunyai Dyscalculia. Persoalan - Mengapa pendekatan latih tubi sahaja mungkin gagal untuk Hafiz? Apakah peranan adaptasi pengajaran dalam kes ini?
Murid I: Imran (Darjah 4) – Tidak boleh membaca al-Quran kerana tidak pernah dihantar ke KAFA atau kelas mengaji. Murid J: Johan (Darjah 4) – Tidak boleh membaca al-Quran kerana masalah pemprosesan fonologi (Disleksia). Persoalan - Adakah kedua-duanya “lemah agama”? Bagaimanakah pendekatan pengajaran al-Quran mereka perlu dibezakan? Di manakah peranan inklusiviti dalam Pendidikan Islam?
Murid K: Khairul (Darjah 5) – Sering mengganggu rakan kerana mencari perhatian selepas kehilangan ibu. Murid L: Luqman (Darjah 5) – Sering mengganggu rakan kerana mempunyai ciri Autisme (kesukaran interaksi sosial). Persoalan - Apakah perbezaan antara masalah emosi dan ketidakupayaan perkembangan? Apakah risiko pelabelan salah terhadap Luqman? Siapakah yang memerlukan sokongan psikososial vs sokongan pedagogi khas?
Prasyarat: Pembelajaran Bermakna 3 (e-pembelajaran)
Arahan: Dalam kumpulan, tentukan penempatan PALING SESUAI (SPK / PPKI / PPI). Nyatakan rasional berdasarkan tahap sokongan. Tentukan bukti yang diperlukan (perubatan / IMPaK / pemerhatian). Cadangkan laluan peralihan (jika ada).
Senario 1:
Murid A: Aiman (Darjah 3). Disahkan masalah pembelajaran ringan. Lemah membaca dan menulis. Boleh berkomunikasi dengan baik. Aktif bersosial, boleh ikut arahan.
Persoalan: SPK, PPKI atau PPI? Inklusif penuh atau separa? Apakah sokongan yang diperlukan dalam kelas arus perdana?
Senario 2:
Murid B: Balqis (Darjah 4). Autisme tahap sederhana. Akademik setara rakan sebaya. Sensori sensitif (bising, sentuhan). Mudah meltdown jika rutin berubah.
Persoalan: Mengapa SPK mungkin tidak pilihan terbaik? Adakah PPI sesuai tanpa persediaan? Apakah bukti yang perlu dilihat dalam tempoh percubaan?
Senario 3:
Murid C: Hakim (Darjah 5). Cerebral palsy (pergerakan terhad). Kognitif dan bahasa normal. Perlu bantuan mobiliti dan tandas. Tiada masalah pembelajaran.
Persoalan: Adakah wajar ditempatkan di PPKI? Apakah bentuk inklusiviti paling sesuai? Siapakah yang perlu membuat penyesuaian: murid atau sistem?
Senario 4:
Murid D: Danish (Darjah 2). Disahkan intelek sederhana ke berat. Tidak boleh mengurus diri sepenuhnya. Komunikasi terhad. Sukar fokus lebih 5 minit.
Persoalan: Mengapa SPK atau PPKI mungkin lebih sesuai?. Apakah risiko jika terus dimasukkan ke PPI?. Bagaimanakah potensi murid tetap boleh dikembangkan?
Senario 5:
Murid E: Alya (Darjah 3). Disyaki ADHD (belum pengesahan penuh). Akademik sederhana. Tingkah laku tidak konsisten. Guru dan ibu bapa tidak sepakat tentang penempatan
Persoalan: Apakah peranan IMPaK dalam kes ini? Mengapa tempoh percubaan sangat penting? Apakah keputusan JPKS yang paling adil?
Senario 6:
Murid F: Faris (Darjah 4). Disahkan Disleksia ringan. Kefahaman lisan sangat baik, aktif bertanya. Prestasi Matematik dan Sains memuaskan. Ibu bapa menolak PPI kerana bimbang Faris “dilabel” dan diejek. Guru percaya Faris berpotensi mengikuti PPI separa dengan sokongan.
Persoalan: Apakah penempatan PALING sesuai untuk Faris (SPK / PPKI / PPI)? Apakah bukti profesional yang perlu dibentangkan kepada ibu bapa (IMPaK / data PdP / tempoh percubaan)? Bagaimanakah JPKS boleh membuat keputusan yang adil antara kepentingan murid dan kebimbangan ibu bapa? Apakah laluan peralihan yang boleh dicadangkan tanpa memaksa atau menafikan hak murid?
Prasyarat: Pembelajaran Bermakna 3 (e-pembelajaran)
Arahan: Dalam kumpulan, analisis masalah, cadangkan sokongan dan nyatakan risiko jika faktor tersebut tiada.
Seorang murid masalah penglihatan mengikuti PPI sepenuh masa tetapi sekolah tiada pembaca skrin dan tiada AAC untuk murid yang sukar bertutur.
Sekolah melaksanakan PPI tetapi: Tiada ramp. Tandas OKU sempit. Kelas di tingkat atas tanpa lif.
Guru arus perdana mengajar kelas inklusif tanpa: Guru Pendamping, Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
Tugasan: Apakah risiko kepada guru dan MBK? Mengapa faktor manusia paling kritikal? Bezakan peranan guru subjek vs guru pendamping. Apakah implikasi jika MBK dianggap “beban”?
MBK mengikuti PPI tetapi:Tiada saringan terapi. Ibu bapa tidak daftar OKU dengan JKM. Tiada sokongan kewangan atau susulan klinikal
Sekolah menghadapi MBK Autisme dan Buta tetapi: Guru tiada latihan khusus. Ibu bapa tertekan dan tidak faham situasi anak.
Sekolah kekurangan: Peranti pintar. Dana ubah suai fizikal. Sokongan peralihan ke alam pekerjaan
Persoalan: Apakah sumbangan realistik sektor korporat? Mengapa CSR bukan sekadar derma? Bagaimanakah CSR menyokong kesinambungan pendidikan–kerjaya? Apakah risiko jika sekolah bergantung sepenuhnya kepada kerajaan?
Prasyarat: Pembelajaran Bermakna 3 (e-pembelajaran)
Arahan: Dalam kumpulan, bincangkan perkara berikut;
Analisis masalah
Pihak terkesan
Cadangan jangka pendek & panjang
Risiko jika isu diabaikan
Guru Pendidikan Islam diminta menerima MBK Autisme dalam kelas arus perdana tanpa latihan pendidikan khas. Guru berasa takut, tertekan dan tidak yakin.
Apakah punca sebenar masalah ini?
Apakah kesan terhadap MBK dan guru?
Cadangkan 2 langkah sokongan realistik (bukan ideal).
Apakah risiko jika isu ini dianggap “kelemahan individu guru”?
🎯 Idea kunci: Isu kompetensi ≠ kegagalan peribadi guru
Sekolah lama tanpa ramp, lif atau tandas OKU menerima murid OKU fizikal dalam PPI.
Apakah bentuk halangan yang wujud?
Mengapa kos sering dijadikan alasan?
Cadangkan penyelesaian berperingkat (jangka pendek & panjang).
Siapakah yang perlu bertanggungjawab selain guru?
🎯 Idea kunci: Infrastruktur ialah isu sistem, bukan bilik darjah
Ibu bapa murid tipikal membantah PPI kerana bimbang anak mereka “terganggu” atau “terkebelakang”.
Dari manakah stigma ini datang?
Mengapakah komunikasi sekolah penting?
Cadangkan strategi mendidik ibu bapa, bukan memarahi.
Apakah risiko jika stigma dibiarkan?
🎯 Idea kunci: Inklusif gagal tanpa sokongan komuniti
MBK sering dipulau atau dibuli oleh rakan sebaya kerana tingkah laku berbeza.
Mengapa murid tipikal membuli MBK?
Apakah peranan guru Pendidikan Islam dalam membina empati?
Cadangkan 1 aktiviti nilai inklusif (unplugged).
Apakah kesan emosi jangka panjang kepada MBK?
🎯 Idea kunci: Inklusif ialah isu budaya sekolah
Kelas 40 murid dengan 2 MBK tanpa guru pendamping.
Mengapa MBK sering “tenggelam” dalam kelas besar?
Apakah dilema sebenar guru?
Cadangkan pengurusan kelas inklusif minimum.
Apakah implikasi jika guru terus dipersalahkan?
🎯 Idea kunci: Beban tugas menjejaskan keadilan pembelajaran
MBK hadir dalam kelas arus perdana tetapi tiada guru pendamping atau PPM mencukupi.
Bezakan peranan guru subjek dan guru pendamping.
Apakah kesan kepada MBK tanpa sokongan?
Cadangkan sokongan alternatif sementara.
Apakah risiko jika MBK dibiarkan berdikari tanpa persediaan?
🎯 Idea kunci: Inklusif tanpa sokongan = eksklusi terselindung
Prasyarat: Pembelajaran Bermakna 4 (e-pembelajaran)
Arahan: Jalankan aktiviti berikut;
AKTIVITI: MINI-DEBAT AKADEMIK
Tajuk: “Adakah pedagogi inklusif sekadar modifikasi teknik, atau perubahan paradigma?”