Arahan: Berikut adalah senarai tajuk perbincangan. Sila jalankan pembahagian tajuk berdasarkan kumpulan melalui undian.
Prasyarat: Pembelajaran Bermakna 1 (e-pembelajaran)
Arahan: Buat pembentangan bagi menjawab persoalan berikut:
Huraikan kaitan antara penolakan sosial dan kesejahteraan emosi OKU berdasarkan analisis kisah Julaibib r.a.
Prasyarat: Pembelajaran Bermakna 2 (e-pembelajaran)
Arahan: Terangkan definisi dan istilah berikut: Pendidikan Khas, Murid Berkeperluan Khas (MBK), Impairment (Kecacatan), Disability (Ketidakupayaan), Handicap (Kecacatan Sosial/Halangan).
Prasyarat: Pembelajaran Bermakna 2 (e-pembelajaran)
Arahan: Lukiskan garis masa (timeline) yang menghubungkan Penyataan Salamanca 1994 dengan PPPM 2013-2025. Kemudian, jawab persoalan berikut: Bagaimanakah desakan antarabangsa (Salamanca) mempengaruhi perubahan dasar pendidikan di Malaysia sehingga wujudnya Dasar Sifar Penolakan?". Bentangkan.
Prasyarat: Pembelajaran Bermakna 3 (e-pembelajaran)
Arahan: Buat pembentangan bagi menjawab persoalan berikut;
Apakah bahaya terbesar jika penempatan MBK dibuat berdasarkan label, bukan bukti dan tahap sokongan?
Prasyarat: Pembelajaran Bermakna 3 (e-pembelajaran)
Arahan: Buat pembentangan bagi menjawab persoalan berikut;
Apakah satu faktor yang paling kritikal dalam ekosistem inklusif, dan apakah implikasinya jika faktor tersebut gagal?
Prasyarat: Pembelajaran Bermakna 3 (e-pembelajaran)
Arahan: Buat pembentangan bagi menjawab persoalan berikut;
Apakah satu cabaran yang paling sukar diselesaikan dalam Pendidikan Inklusif, dan mengapa ia tidak boleh diselesaikan oleh guru sahaja?
Prasyarat: Pembelajaran Bermakna 4 (e-pembelajaran)
Arahan: Buat pembentangan bagi menjawab persoalan berikut;
Bagaimanakah kelas Pendidikan Islam boleh menjadi ruang paling inklusif di sekolah?