Makluman kepada semua calon pelajar Tingkatan Enam Semester 1 SMK Kinabutan ambilan tahun 2021, semakan tawaran Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 akan dibuka pada 5 hingga 15 Julai 2021. Bagi yang mempunyai capaian internet, sila layari pautan berikut: https://sst6.moe.gov.my/ Pelajar yang menerima tawaran dinasihatkan agar membuat pengesahan terima tawaran dan melapor diri dalam pautan tersebut. Bagi yang tiada capaian internet, sekolah asal akan memaklumkan tawaran kemasukan kepada calon pelajar.
Bagi yang tidak menerima tawaran kemasukan, permohonan rayuan juga boleh dibuat dalam pautan yang sama di atas. Tempoh memohon rayuan boleh dibuat bermula 5 hingga 15 Julai 2021 dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada 20 Julai 2021 melalui portal yang sama.
Permohonan pakej mata pelajaran secara dalam talian bagi yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SMK Kinabutan boleh dilakukan melalui https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pendaftaran6sem1smkkt. Hanya pelajar yang telah terlebih dahulu mengesahkan terima tawaran dan melapor diri di portal https://sst6.moe.gov.my/ sahaja yang akan dipertimbangkan. Tarikh permohonan pakej mata pelajaran ini juga dibuka dari 5 hingga 15 Julai 2021. Sila isi borang Google Form dan juga sila masuk ke dalam group Telegram Tingkatan Enam Semester 1/2021.
Semua calon pelajar SMK Kinabutan, Tawau ambilan tahun 2021 wajib mengesahkan terimaan tawaran dan melapor diri melalui link https://sst6.moe.gov.my/ terlebih dahulu sebelum meneruskan pendaftaran di sini.
Sila klik pautan di bawah untuk mendaftar pakej mata pelajaran dan menyertai group telegram Tingkatan Enam Semester 1.
KLIK DI SINI UNTUK MASUK KE GROUP TELEGRAM
Sila install aplikasi Telegram di peranti anda.
Pelajar perlu memilih salah satu pakej mata pelajaran berdasarkan senarai di sebelah kiri.
Pemilihan pakej adalah bergantung kepada pencapaian mata pelajaran tertentu dalam SPM 2020. Sila buat pilihan sewajarnya.
PERINGATAN: Pelajar hanya dibenarkan untuk melakukan pendaftaran sebanyak ๐ฌ๐๐ญ๐ฎ ๐ค๐๐ฅ๐ข ๐ฌ๐๐ก๐๐ฃ๐. Anda akan menerima borang feedback melalui akaun e-mel anda sejurus selepas pendaftaran. Sila simpan borang itu untuk rujukan pendaftaran anda.
Keputusan penempatan kelas akan dimaklumkan melalui channel rasmi Telegram secara berperingkat dan ianya tertakluk kepada kelayakan dan kekosongan.