Bunga Ixora / Pecah Periuk (Ixora chinensis )
Pecah periuk, jarum-jarum, jejarum, siantan, seganding atau seganding jantan ialah sejenis pokok renek berbunga dalam genus Ixora[3][4] keluarga Rubiaceae.[1] Genus ini mempunyai 544 spesies.[2] Pokok renek ini didapati di kawasan tropika dan subtropika seluruh dunia, terutamanya India.
Pokok ini banyak ditanam di kawasan perumahan serta taman-taman, dan juga sesuai untuk dijadikan tanaman pagar.
Tingginya pokok pecah periuk sehingga tiga meter. Batangnya berwarna perang dan liat, dan daunnya berbentuk bujur. Saiz daun untuk Ixora javanica adalah lebih besar iaitu 12-20 sentimeter panjang dan 4-6 sentimeter lebar, berbanding dengan daun Ixora coccinea yang hanya berukuran 7-10 sentimeter panjang dan 3-5 sentimeter lebar.
Bunga pokok ini besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Warna bunga untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga, kuning, dan merah jambu. Walau bagaimanapun, spesies Ixora coccinea juga mempunyai bunga putih.
Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak.
Rujukan : Wikipedia